Nuffnang Ads

Isnin, 26 Oktober 2015

Bola Sepak : Tim Sherwood Dipecat Aston Villa

Tim Sherwood menjadi pengurus ketiga pasukan Liga Perdana Inggeris 2015/16 atau Barclays Premier League 2015/16 yang dipecat atau melepaskan jawatan selepas kelabnya Aston Villa memecat beliau ekoran prestasi pasukan yang mengecewakan selepas 10 perlawanan berlangsung. Aston Villa kini menghuni tangga terbawah Liga dengan 4 mata hasil daripada 1 kemenangan dan 1 seri manakala 8 kekalahan dengan menjaringkan 9 gol serta bolos 17 gol. Beliau mengikut jejak Dick Advocaat dan Brendan Rodgers untuk pasukan Sunderland dan Liverpool yang sebelum ini melepaskan jawatan serta dipecat kelab masing-masing.

Beberapa nama telah dikaitkan untuk mengambilalih jawatan pengurus pasukan Villans ini antaranya ialah bekas pengurus Everton dan Manchester United yang kini mengurus pasukan Real Sociedad iaitu David Moyes. Pasukan Aston Villa sebenarnya mempunyai pemain-pemain yang berkualiti namun kegagalan Tim Sherwood dalam perlawanan demi perlawanan ternyata memberi implikasi kepada posisinya selaku Pengurus Pasukan Aston Villa. Bual Sukan percaya dengan musim yang panjang serta memenatkan masalah prestasi pasukan pastinya akan berlaku dan tidak mustahil beberapa lagi pengurus berkemungkinan besar dipecat atau melepaskan jawatan mereka kelak.  

  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa