Nuffnang Ads

Khamis, 15 Oktober 2015

Hoki : Hoki Piala Remaja Asia 2015

Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2015 akan berlangsung di Kuantan, Pahang pada 14 hingga 22 November 2015 akan datang. Kejohanan ini merupakan kejohanan edisi kelapan di mana 8 pasukan akan bersaing dalam kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Asia. 3 pasukan yang menamatkan kejohanan di 3 kedudukan teratas akan mewakili Asia ke Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 di India. Pada kejohanan edisi ketujuh, pasukan hoki remaja Malaysia berjaya merangkul kejuaraan apabila bejaya menewaskan pasukan Pakistan.

Pasukan remaja negara pastinya sekali lagi akan turun mempertahankan kejuaraan yang dimiliki selain menempah slot ke Piala Dunia Remaja 2016 India akan datang. Pasukan negara telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan India, China dan Jepun manakala Kumpulan B pula terdiri daripada Pakistan, Korea Selatan, Bangladesh dan Oman. Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing bagi mencerahkan kemaraan ke pusingan akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India akan datang. Berikut adalah kedudukan kumpulan serta Jadual Perlawanan Hoki Piala Remaja Asia 2015 akan datang :

KUMPULAN A : Malaysia, India, Jepun, China
14 November 2015 (Sabtu)
Malaysia lwn China
India lwn Jepun

15 November 2015 (Ahad)
China lwn Jepun, 
Malaysia lwn India

17 November 2015 (Selasa)
India lwn China
Jepun lwn Malaysia

KUMPULAN B : Korea Selatan, Pakistan, Oman, Bangladesh
14 November 2015 (Sabtu)
Pakistan lwn Bangladesh
Korea Selatan lwn Oman

15 November 2015 (Ahad)
Pakistan lwn Korea Selatan
Oman lwn Bangladesh

17 November 2015 (Selasa)
Oman lwn Pakistan
Korea Selatan lwn Bangladesh

SUKU AKHIR
19 November 2015 (Khamis)
India lwn Oman
Bangladesh lwn Jepun
Malaysia lwn Korea Selatan
Pakistan lwn China

PENENTUAN TEMPAT 5 - 8
21 November 2015 (Sabtu)
Oman lwn Bangladesh
Malaysia lwn China

SEPARUH AKHIR
21 November 2015 (Sabtu)
India lwn Jepun
Korea Selatan lwn Pakistan

PENENTUAN TEMPAT 7/8
22 November 2015 (Ahad)

Oman lwn China

PENENTUAN TEMPAT 5/6
22 November 2015 (Ahad)

Bangladesh lwn Malaysia

PENENTUAN TEMPAT 3/4
22 November 2015 (Ahad)

Jepun lwn Korea Selatan

PERLAWANAN AKHIR
22 November 2015 (Ahad)
India lwn Pakistan

* Jadual Tertakluk kepada pindaan.
** Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa