Nuffnang Ads

Ahad, 11 Oktober 2015

Hoki : Keputusan Hoki Piala Sultan Johor 2015

Kejohanan Hoki Jemputan bawah 21 tahun Piala Sultan Johor 2015 berlangsung bermula 11 Oktober sehingga 18 Oktober 2015 akan datang. Pasukan remaja negara di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Arul Selvaraj akan bersaing dengan 5 negara lain iaitu Australia, Argentina, India, Pakistan dan Great Britain merebut kejuaraan edisi kali kelima ini. Kejohanan ini pastinya akan dijadikan sebagai medan persediaan menghadapi Kejohanan Hoki Remaja Asia 2015 yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang pada 14 hingga 22 November 2015 akan datang di mana 4 pasukan terbaik akan mewakili Asia ke Kejohanan Hoki Remaja Dunia 2016 di India.
Bual Sukan percaya, pasukan hoki remaja negara mampu bersaing pada edisi kali ini. Selamat berjuang diucapkan kepada The Young Speedy Tigers pada kejohanan kali ini. Berikut adalah Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor 2015 yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor :

11 Oktober 2015 (Ahad)
Argentina lwn Australia (1-0)
India lwn Pakistan (5-1)
Malaysia lwn Great Britain (2-4)

12 Oktober 2015 (Isnin)
Australia lwn Pakistan (6-2)
Great Britain lwn India (4-3)
Malaysia lwn Argentina (2-2)

14 Oktober 2015 (Rabu)
Great Britain lwn Pakistan (0-0)
Argentina lwn India (2-3)
Australia lwn Malaysia (2-3)

15 Oktober 2015 (Khamis)
Pakistan lwn Argentina (1-3)
Great Britain lwn Australia (4-4)
India lwn Malaysia (2-1)

17 Oktober 2015 (Sabtu)
Argentina lwn Great Britain (0-3)
Australia lwn India (0-1)
Pakistan lwn Malaysia (1-3)

18 Oktober 2015 (Ahad)
Penentuan Tempat 5/6 : Australia lwn Pakistan (5-0)
Penentuan Tempat 3/4 : 
Malaysia lwn Argentina (3-2)
Penentuan Juara : India lwn Great Britain (2-2)
(Great Britain muncul juara menewaskan India 4-3 melalui penentuan penalti)

KEDUDUKAN
Juara : Great Britain
Naib Juara : India
Ketiga : Malaysia
Keempat : Argentina
Kelima : Australia
Keenam : Pakistan

* Kemaskini pada 18 Oktober 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa