Nuffnang Ads

Sabtu, 10 Oktober 2015

Hoki : Senarai Pemain Hoki Malaysia ke Piala Sultan Johor 2015

Pasukan Hoki Remaja Kebangsaan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Arul Selvaraj akan menghadapi kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2015. Kejohanan ini berlangsung pada 11 hingga 18 Oktober 2015 akan datang di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan jemputan hoki bawah 21 tahun melibatkan 6 buah negara iaitu Malaysia selaku tuan rumah, Australia, India, Pakistan, Argentina dan Great Britain. Kejohanan ini adalah kejohanan pemanas badan bagi pasukan hoki negara yang akan menghadapi Kejohanan Hoki Remaja Asia di Kuantan, Pahang pada 14 hingga 22 November 2015 akan datang di mana 4 pasukan terbaik akan beraksi di Kejohanan Hoki Remaja Piala Dunia 2016 di India.
Pada kejohanan edisi 2014, India muncul juara apabila menewaskan saingan pasukan Great Britain dengan keputusan 2-1. Pasukan remaja negara pula sekkadar menamatkan saingan di tangga ke 5. Bual Sukan percaya, kejohanan ini pastinya akan berlangsung sengit dan pasukan remaja negara pastinya juga akan menggunakan kesempatan ini sebagai persiapan menghadapi kejohanan Remaja Asia kelak. Pasukan remaja negara akan memulakan saingan dengan bertemu Great Britain (11 Oktober), Argentina (!2 Oktober), Australia (14 Oktober), India (15 Oktober) dan menutup saingan kumpulan dengan bertemu Pakistan (17 Oktober). Pada 18 Oktober pula akan berlangsung saingan klasifikasi bagi menentukan kedudukan pasukan dalam saingan kali ini.  

Bual Sukan ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Hoki Remaja Malaysia atau The Young Speedy Tigers pada kejohanan kali ini. Berikut adalah senarai 18 pemain yang disenaraikan oleh Ketua Jurulatih negara bagi menghadapi Kejohanan Piala Sultan Johor 2015 akan datang :

Nik Mohd Aiman Nik Rozemi
Mohd Ashran Hamsani
Muhd Najib Abu Hassan (Ketua Pasukan)
Meor Muhamad Azuan Hasan 
Muhd Haziq Samsul
Syed Mohd Syafiq Syed Cholan
Nor Azrul Abd Rahman
Norsyafiq Sumantri 
Muhd Amirol Aideed Md Arshad
Muhammad Shahril Saabah
Zulpidaus Mizun
Muhammad Firdaus Omar
Mohammad Ridzwan Azmi
Abdul Khaliq Hamirin
Mohd Adi Fazri Ab Rahim
Muhd Azwar Abd Rahman
Muhd Aminuddin Mohd Zain
Muhd Najmi Farizal Jazlan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa