Nuffnang Ads

Isnin, 26 Oktober 2015

Rugbi : Perlawanan Akhir Rugbi Piala Dunia 2015 England

Kejohanan Rugbi Piala Dunia 2015 England atau IRB Rugby World Cup 2015 England semakin menuju ke kemuncak saingan dengan pasukan juara bertahan 2011, New Zealand atau All Blacks bakal bertemu dengan musuh tradisi mereka, Australia atau Wallabies pada Perlawanan Akhir Rugbi Piala Dunia 2015 England. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 31 Oktober 2015 (Sabtu) di Twickenham. Kedua-dua pasukan ini sebelum itu berjaya menundukkan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir di mana New Zealand menundukkan cabaran Afrika Selatan atau The Springboks dengan keputusan tipis 20-18 manakala pasukan Australia menamatkan cabaran pasukan Argentina atau Los Pumas dengan keputusan 29-15.

Kedua-dua pasukan ini masing-masing muncul juara Rugbi Piala Dunia sebanyak 2 kali dan pasukan yang menjuarai kejohanan kali ini akan mencatat sejarah selaku pasukan yang muncul juara terbanyak Rugbi Piala Dunia. Bual Sukan percaya, kedua-dua pasukan ini mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing dan tidak mustahil peminat-peminat rugbi seluruh dunia akan menyaksikan pertarungan epik antara kedua-dua pasukan.

Laluan Pasukan New Zealand
menang dengan Argentina 26-16 (Peringkat Kumpulan)
menang dengan Namibia 58-14 (Peringkat Kumpulan)
menang dengan Georgia 43-10 (Peringkat Kumpulan)
menang dengan Tonga 47-9 (Peringkat Kumpulan)
menang dengan Perancis 62-13 (Suku Akhir) 
menang dengan Afrika Selatan 20-18 (Separuh Akhir)


Laluan Pasukan Australia
menang dengan Fiji 28-13 (Peringkat Kumpulan)
menang dengan Uruguay 65-3 (Peringkat Kumpulan)
menang dengan England 33-13 (Peringkat Kumpulan)
menang dengan Wales 15-6 (Peringkat Kumpulan)
menang dengan Scotland 35-34 (Peringkat Kumpulan)
menang dengan Argentina 29-15 (Peringkat Kumpulan)  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa