Nuffnang Ads

Sabtu, 21 November 2015

Bola Sepak : Guangzhou Evergrande Juara AFC Liga Juara-Juara Asia 2015

Jaringan tunggal Elkeson De Olivera Cardoso pada minit ke 54 sudah cukup untuk membawa pasukannya Guangzhou Evergrande muncul juara buat kali kedua AFC Liga Juara-Juara Asia 2015 atau 2015 AFC Champions League dengan kemenangan agregat 1-0 ke atas kelab Al-Ahli dari UAE. Dalam perlawanan pertama, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan. Kemenangan ini nyata memberikan kejayaan manis kepada Ketua Jurulatih pasukan dari China ini iaitu Luis Felipe Scolari yang nyata memberikan kegemilangan kepada pasukannya. 

Dengan kejayaan ini, pasukan Guangzhou Evergrande akan mewakili pasukan AFC ke Kejohanan Piala Kelab Dunia 2015 yang akan berlangsung di Jepun pada Disember 2015 akan datang. Bual Sukan percaya, Luis Felipe Scolari pastinya akan merangka strategi serta perancangan taktikal yang mantap bagi menghadapi saingan di Jepun kelak. Tahniah diucapkan kepada pasukan Guangzhou Evergrande atas kejayaan merangkul gelaran Juara AFC Liga Juara-Juara Asia 2015 ini.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa