Nuffnang Ads

Ahad, 1 November 2015

Bola Sepak : Johor Darul Ta'zim FC Juara Piala AFC 2015

Pasukan JDT FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan berjaya mencatat sejarah tersendiri selaku kelab pertama Asia Tenggara muncul juara Kejohanan Piala AFC 2015 atau AFC Cup 2015 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2004 apabila berjaya menewaskan kelab Tajikistan, FC Istiklol dengan keputusan 1-0. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain import dari Argentina Leandro Sebastian Velazquez sekaligus mengecewakan pasukan serta penyokong tuan rumah dalam perlawanan akhir di Stadium Pamir, Dushanbe, Tajikistan ini. Lebih manis lagi, pemain tengah JDT FC yang juga Ketua Pasukan mereka, Safiq Rahim dinobatkan selaku pemain paling bernilai kejohanan Piala AFC 2015.

Kejayaan anak-anak buah ketua jurulatih Argentina iaitu Mario Gomez ini nyata membanggakan peminat bola sepak Malaysia umumnya dan penyokong bola sepak Johor amnya kerana berjaya memahat sejarah buat kelab bola sepak Malaysia. Bual Sukan percaya kejayaan ini pastinya akan terus membakar semangat juang pasukan JDT FC untuk mencatatkan lebih banyak kejayaan di peringkat tempatan mahupun peringkat Asia. Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Selatan atas kejayaan merangkul kejuaraan Piala AFC 2015 ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa