Nuffnang Ads

Khamis, 19 November 2015

Bola Sepak : Kejohanan Copa America Centenario 2016 USA

Kejohanan Copa America Centenario 2016 atau 2016 Centennial Copa America akan diadakan di Amerika Syarikat pada 3 hingga 26 Jun 2016 akan datang. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang diadakan bagi menyambut ulangtahun ke 100 penubuhan CONMEBOL serta Kejohanan Copa America di mana buat pertama kalinya ianya dipertandingkan di luar Amerika Selatan. Kejohanan ini juga diadakan sebagai sebahagian daripada perjanjian antara CONMEBOL (Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan) dan CONCACAF (Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean) sebagai edisi khas Copa América (sejak diperkenalkan pada tahun 1916).

Kejohanan ini akan disertai oleh 16 buah negara terdiri daripada 10 pasukan CONMEBOL serta 6 pasukan CONCACAF. 10 pasukan CONMEBOL itu iaialah Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Ecuador, Paraguay, Peru, Uruguay dan Venezuela. 4 pasukan CONCACAF yang telah melayakkan diri ialah Mexico, Amerika Syarikat, Costa Rica dan Jamaica manakala 2 lagi pasukan bakal ditentukan dalam saingan playoffs yang dijadualkan pada 8 Januari 2016 akan datang melibatkan 4 pasukan iaitu Panama bertemu Cuba serta Trinidad and Tobago bertemu Haiti. Bual Sukan percaya, kejohanan ini pastinaya akan digunakan sebaiknya oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian bagi mencari rentak menghadapi Jadual Perlawanan Panjang Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 Russia akan datang.   

Saingan Playoffs
8 Januari 2016
Panama lwn Cuba
Trinidad and Tobago lwn Haiti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa