Nuffnang Ads

Selasa, 17 November 2015

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Malaysia lwn UAE

Pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Ketua Jurulatih sementara Datuk Ong Kim Swee malam ini berdepan dengan saingan UAE dalam perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. Ini merupakan perlawanan ketujuh Kumpulan A. Pasukan negara pastinya ingin mengelakkan kekalahan dengan jumlah jaringan yang besar setelah dibelasah lawan dengan keputusan 0-10 di UAE. Pasukan negara juga sebelum ini turut dibelasah dengan jaringan yang besar iaitu 2 kali tewas 0-6 kepada Palestin. 

Ini juga merupakan perlawanan terakhir pasukan Malaysia dalam jadual perlawanan antarabangsa bagi tahun 2015 di mana tahun yang amat mendukacitakan bagi bola sepak Malaysia dengan kegagalan demi kegagalan dicatatkan pasukan negara. Bual Sukan serta seluruh peminat bola sepak tanahair mengharapkan sesuatu dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM bagi memulihkan semula maruah bola sepak negara untuk tahun 2016 akan datang. Ini termasukkan menyusun semula program pembangunan bola sepak akar umbi selain merombak persatuan dengan membuat transformasi ke atas persatuan serta mencari penyelesaian terbaik meningkatkan semula bola sepak negara.  

Berikut adalah Keputusan Perlawanan antara pasukan Malaysia bertemu UAE di Stadium Shah Alam, Selangor pada 17 November 2015 :

Malaysia lwn UAE (1-2)
Malaysia : Baddrol Bakhtiar
UAE : Omar Abdulrahman, Ahmad Khalil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa