Nuffnang Ads

Jumaat, 13 November 2015

Bola Sepak : Malaysia lawan UAE

Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian sementara Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee akan meneruskan perjuangan dalam Kumpulan A Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE di mana pasukan negara akan bertemu pasukan UAE pada 17 November 2015 ini di Malaysia. Ini merupakan perlawanan ketujuh buat pasukan negara di mana pasukan Harimau Malaya kini menduduki tangga keempat Kumpulan A degan mengumpul 4 mata hasil daripada 1 kemenangan, 1 seri serta 4 kekalahan dengan hanya menjaringkan 2 gol serta dibolosi sebanyak 26 kali. Dalam perlawanan sebelum ini, pasukan negara telah dibelasah teruk oleh pasukan UAE dengan keputusan 0-10 yang juga merupakan rekod kekalahan terbesar pasukan negara di pentas antarabangsa.
Tiada harapan diletakkan kepada pasukan negara yang pastinya akan cuba mengelakkan dibolosi dengan jumlah jaringan yang besar sepertimana perlawanan bertemu Palestin yang mana gawang pasukan negara dibolosi dengan 6 gol. Datuk Ong Kim Swee pastinya akan merancang strategi, taktikal serta formasi yang berbeza untuk perlawanan menentang UAE ini. Bual Sukan percaya, rombakan besar akan dilakukan ke atas skuad negara ekoran satu lagi siri kekalahan besar menentang Palestin. Pasukan UAE pastinya akan melancarkan serangan demi serangan untuk merobek gawang pasukan Malaysia. Pasukan Harimau Malaya kini terperosok di kedudukan ke 171 ranking FIFA berbanding pasukan UAE yang kini menghuni tangga ke 67 dunia. Semoga pasukan negara dapat memberikan permainan terbaik bagi mengelakkan terus diaibkan dalam pentas bola sepak antarabangsa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa