Nuffnang Ads

Jumaat, 13 November 2015

Bola Sepak : Palestin Belasah Malaysia 6-0

Pasukan Harimau Malaya ternyata bukan tandingan pasukan Palestin apabila pasukan yang mendapat gelaran The Strivers ini mudah membelasah pasukan negara dengan keputusan 6-0. Keputusan ini sekali lagi mengulangi keputusan yang mereka catatkan pada perlawanan pertama di Malaysia pada 16 Jun 2015 yang lalu. Kekalahan ini nyata cukup mengecewakan peminat bola sepak tempatan. Anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee nyata gagal memberikan saingan bermakna kepada pasukan lawan dengan kubu pasukan negara sentiasa diasak dengan asakan berbahaya pasukan Palestin. 

Kekalahan ini meletakkan pasukan Malaysia di tangga keempat Kumpulan A dengan 4 mata hasil 1 kemenangan, 1 seri serta 4 kekalahan. Selepas ini, pasukan Malaysia bakal berdepan dengan satu lagi pasukan gergasi Asia iaitu UAE pada 18 November 2015 ini. Pasukan UAE sebelum ini membelasah pasukan Harimau Malaya 10-0 yang juga merupakan rekod kekalahan terbesar pasukan negara. Bual Sukan berharap, sesuatu dilakukan oleh Datuk Ong Kim Swee untuk mengelakkan pasukan negara terus menjadi pasukan belasahan. Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM nyata perlu dirombak serta disusun semula bagi memastikan bola sepak Malaysia tidak terus menjunam di masa akan datang.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa