Nuffnang Ads

Khamis, 5 November 2015

Bola Sepak : Palestin lwn Malaysia

Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian sementara Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee kini dalam fasa persiapan mengahadapi perlawanan keenam pusingan kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE menentang pasukan Palestin. Dalam perlawanan pusingan pertama di Malaysia, pasukan negara yang ketika itu dibimbing oleh Ketua Jurulatih Dollah Salleh tewas dengan jaringan besar 0-6. Perlawanan ini, dijadualkan berlangsung pada 12 November 2015 di gelanggang berkecuali iaitu di Jordan atas faktor keselamatan.

Pasukan negara kini menduduki tangga keempat Kumpulan A dengan 4 mata hasil daripada 1 kemenangan, 1 seri dan 3 kali kekalahan. Pasukan Harimau Malaya kini menduduki ranking ke 171 dunia manakala pasukan Palestin atau nama gelaran mereka The Strivers pula kini menduduki ranking ke 138 dunia. Pasukan negara pastinya mempunyai misi untuk mengelakkan kekalahan selain berusaha mencatatkan kejayaan dalam pertemuan kali ini. Namun, pasukan Palestin bukanlah lawan yang mudah untuk ditewaskan. Bual Sukan percaya, Datuk Ong Kim Swee pastinya mempunyai perancangan strategi, taktikal dan formasi terbaik untuk mengekang asakan pasukan Palestin selain berusaha menembusi gawang pasukan Palestin. Tidak mustahil, pasukan negara mampu melakukan sesuatu dalam perlawanan akan datang. Semoga berjaya Harimau Malaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa