Nuffnang Ads

Rabu, 18 November 2015

Bola Sepak : Pusingan Akhir Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis

Pusingan Akhir Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA EURO 2016 France akan berlangsung pada 10 Jun hingga 10 Julai 2016 akan datang. 24 negara akan bersaing pada kejohanan kali ini di mana ianya adalah tambahan 8 pasukan yang mana sebelum ini hanya melibatkan penyertaan 16 buah negara. Pasukan Perancis selaku tuan rumah layak secara automatik manakala 9 Juara dan 9 Naib Juara Kumpulan Pusingan Kelayakan UEFA EURO 2016 France serta 1 pasukan terbaik tempat ketiga layak secara automatik ke pusingan akhir. 4 lagi pasukan pula ditentukan melalui pusingan kelayakan Play-offs di mana saingan menyaksikan pasukan Hungary, Ireland, Sweden dan Ukraine berjaya ke pusingan akhir kali ini setelah menewaskan 4 pasukan lain iaitu Norway, Bosnia and Herzegovina, Denmark dan Slovenia.

Saingan kali ini juga menyaksikan 5 negara iaitu Albania, Iceland, Ireland Utara, Slovakia dan Wales akan membuat penampilan sulung dalam pentas Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis. Saingan kali ini juga menyaksikan kegagalan pasukan gergasi Eropah iaitu Belanda serta juara EURO 2004 Greece melangkah ke Pusingan Akhir Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis berikutan prestasi mengecewakan dalam pusingan kelayakan. Undian Peringkat Kumpulan Pusingan Akhir UEFA EURO 2016 France akan berlangsung di Paris pada 12 Disember 2015 akan datang. Bual Sukan percaya, undian kumpulan ini pastinya ditunggu-tinggu peminat bola sepak seluruh dunia bagi menyaksikan kedudukan kumpuan pasukan pilihan masing-masing. Berikut adalah kedudukan pasukan dalam Pot undian peringkat kumpuan akan datang : 
Pautan kekal imej terbenam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa