Nuffnang Ads

Selasa, 3 November 2015

Bola Sepak : Remi Garde Pengurus Baru Aston Villa

Teka-teki mengenai siapakah yang bakal membimbing serta menguruskan pasukan Aston Villa terjawab apabila bekas pemain Arsenal serta bekas pengurus Lyon, Remi Garde dilantik sebagai pengurus baru menggantikan Tim Sherwood yang dipecat baru-baru ini. Beliau merupakan pengurus baru ketiga dilantik selepas Jurgen Klopp dan Sam Allardyde dilantik sebagai pengurus baru pasukan Liverpool dan Sunderland. Aston Villa yang kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana Inggeris musim ini sekadar mengumpul 4 mata daripada 11 perlawanan yang telah diharungi. 

Tugasan pertama Remi Garde pastinya memulihkan semula semangat pemain selain menyusun perancangan strategi dan taktikal terbaik bagi mengharungi baki 27 lagi perlawanan Liga musim ini selain mengelakkan tersingkir ke Liga Kejuaraan musim 2016/17 akan datang. Perlawanan pertama beliau adalah menghadapi pasukan pendahulu liga, Manchester City di laman sendiri. Bual Sukan percaya beliau akan menggunakan segala pengalaman serta kemahiran beliau untuk memulihkan kembali prestasi pasukan Aston Villa musim ini.  
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa