Nuffnang Ads

Rabu, 4 November 2015

Bola Sepak : Suku Akhir TM Piala Malaysia 2015

Saingan Peringkat Kumpulan TM Piala Malaysia 2015 telahpun melabuhkan tirainya bagi Kumpulan A, C dan D manakala saingan Kumpulan B masih berbaki 1 perlawanan lagi yang dijadualkan pada 21 November 2015 akan datang. 7 pasukan telah mengesahkan penyertaan ke peringkat suku akhir iaitu Singapore Lions XII dan Kedah (Kumpulan A), Johor Darul Ta'zim FC (Kumpulan B), Selangor dan Felda United (Kumpulan C) serta Selangor PKNS FC dan Pahang (Kumpulan D). Satu lagi pasukan bakal ditentukan antara Sarawak, ATM FA dan Perak dalam Kumpulan B.

Paling mengecewakan sudah pastinya kegagalan 2 gergasi Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan yang tidak berjaya ke pusingan suku akhir edisi Piala Malaysia kali ini. Bual Sukan percaya, setiap pasukan yang melangkah ke pusingan suku akhir ini sememangnya layak berdasarkan kepada keputusan-keputusan yang dicatatkan oleh mereka dalam 6 perlawanan peringkat kumpulan. Bual Sukan percya dalam saingan suku akhir yang akan diadakan secara timbal balik ini, setiap pasukan pastinya akan merencanakan sesuatu untuk melangkah ke saingan separuh akhir kelak. Setiap pasukan juga pastinya akan mencari bekalan gol yang selesa sama ada permainan di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan bagi mencerahkan laluan ke separuh akhir. Berdasarkan undian, berikut adalah perlawanan suku akhir TM Piala Malaysia 2015 akan datang :

SUKU AKHIR 1
24 November 2015
Pahang lwn Singapore Lions XII lwn 
Sarawak lwn Selangor
Felda United lwn Johor Darul Ta'zim FC 
Kedah lwn PKNS FC

SUKU AKHIR 2
28 November 2015
Singapore Lions XII lwn Pahang
Selangor lwn Sarawak
Johor Darul Ta'zim FC lwn Felda United
PKNS FC lwn Kedah

2 ulasan:

  1. Hebat suku akhir kali ini terutama perlawanan Lions XII vs Pahang nanti

    BalasPadam
  2. Kecewa betul Terengganu ngan Kelantan tak layak suku akhir.. Harap Pahang berjaya pertahankan gelaran untuk pasukan pantai timur..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa