Nuffnang Ads

Isnin, 16 November 2015

Bual Sukan : Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Malaysia akan menganjurkan Temasya Sukan Dwi Tahunan Asia Tenggara iaitu Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur akan datang. Semalam telah berlangsungnya pelancaran logo dan maskot Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Temasya ini bertemakan Bangkit Bersama atau "Rising Together". Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur akan melibatkan penyertaan 11 buah negara. Temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur ini merupakan yang pertama selepas Asia Tenggara diisytiharkan sebagai satu komuniti.

Simbol Wau Bulan menjadi logo Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur kali ini. Turur dilancarkan adalah Maskot Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur yang dinamakan sebagai RIMAU yang merupakan singkatan untuk Respect, Integrity, Move, Attitude dan Unity. Bual Sukan percaya, tempoh kurang 2 tahun sebelum kejohanan ini akan digunakan sebaiknya oleh Malaysia untuk membuat persiapan rapi bagi menjadi tuan rumah edisi kali ini. Malaysia pastinya akan memberikan penganjuran terbaik temasya ini dengan penuh gilang gemilang sepertimana yang telah dilakukan oleh tuan rumah Sukan SEA 2015 Singapura baru-baru ini. 

Untuk Temasya kali ini, penglibatan sukarelawan adalah amat diperlukan. Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada temasya ini boleh mendaftarkan diri di Laman Sesawang http://www.seagames2017.com.my/. Semoga Malaysia berjaya dalam penganjuran Temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa