Nuffnang Ads

Ahad, 1 November 2015

Rugbi : New Zealand Juara Rugbi Piala Dunia 2015 England

Pasukan New Zealand atau nama gelaran mereka All Blacks berjaya mencipta sejarah selaku pasukan paling berjaya dalam kejohanan IRB Rugbi Piala Dunia apabila berjaya muncul juara buat kali ketiga dalam sejarah kejohanan apabila berjaya menewaskan seteru utama mereka Australia atau nama gelaran mereka Wallabies pada Perlawanan Akhir Rugbi Piala Dunia 2015 England. Pasukan All Blacks menang dengan keputusan 34-17 dalam perlawanan yang berlangsung sengit antara kedua-dua pasukan. Kejayaan ini nyata kejayaan yang manis apabila New Zealand berjaya mempertahankan gelaran yang mereka menangi pada tahun 2011 lalu.

Kejayaan ini pastinya akan terus memberikan semangat kepada pasukan New Zealand untuk terus maju jaya serta mempertahankan gelaran Piala Dunia pada edisi 2019 akan datang. Bual Sukan percaya, kejohanan akan datang pastinya akan lebih sengit dengan setiap pasukan pastinya akan berusaha lebih gigih untuk bersaing pada kejohanan akan datang. Tahniah diucapkan kepada pasukan All Blacks atasa kejayaan mereka muncul juara Rugbi Piala Dunia 2015 England ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa