Nuffnang Ads

Isnin, 2 November 2015

Rugbi : Rugbi Piala Dunia 2019 Jepun

Kejohanan Rugbi Piala Dunia 2015 England atau 2015 Rugby World Cup England telahpun melabuhkan tirai saingan dengan pasukan New Zealand atau nama gelaran mereka All Blacks dinobatkan selaku Juara Dunia menewaskan pasukan Australia atau nama gelaran mereka Wallabies. Dalam Perlawanan Akhir Rugbi Piala Dunia 2015 England, pasukan All Blacks menang dengan keputusan 34-17 sekaligus muncul juara buat kali ketiga serta pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan Rugbi Piala Dunia. Kejohanan edisi kesembilan akan datang dijadualkan berlangsung 4 tahun dari sekatang iaitu pada tahun 2019 di mana pasukan Jepun akan menjadi tuan rumah kejohanan.

Seperti kejohanan edisi-edisi terdahulu, 20 pasukan akan beraksi pada pusingan akhir di mana 12 pasukan telahpun layak menerusi tiket automatik manakala 8 lagi pasukan akan ditentukan melalui pusingan kelayakan mengikut zon masing-masing serta saingan playoff. 12 pasukan yang telah mengesahkan kelayakan ke pusingan akhir ialah Jepun selaku tuan rumah, New Zealand (Juara Bertahan), Australia, Afrika Selatan, Argentina, Scotland, Perancis, Wales, Republik Ireland, England, Georgia dan Itali. Bual Sukan percaya, edisi 2019 akan datang pastinya akan lebih sengit dengan setiap pasukan pastinya bakal membuat persiapan rapi menghadapi kejohanan ini. Pasukan New Zealand selaku juara bertahan pastinya akan berusaha mengekalkan kejuaraan yang mereka miliki. Bual Sukan percaya kejohanan Rugbi Piala Dunia 2019 Jepun atau 2019 Rugby World Cup Japan akan menjadi kejohanan yang ditunggu-tunggu oleh peminat rugbi seluruh dunia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa