Nuffnang Ads

Sabtu, 5 Disember 2015

Bola Sepak : 3 Calon Finalis FIFA Ballon d'Or 2015

Anugerah pemain bola sepak terbaik tahunan FIFA 2015 atau FIFA Ballon d'Or 2015 bakal berlangsung pada 11 Januari 2016 akan datang di Kongrresshaus di Zurich, Switzerland. Daripada 25 senarai pemain yang telah disenaraikan, 3 pemain telah dipilih sebagai calon akhir merebut gelaran berprestij ini. Pemenang Anugerah tahun lalu, Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Madrid), Lionel Messi (Argentina/FC Barcelona) serta Neymar (Brazil/FC Barcelona) adalah 3 calon finalis yang bakal merebut gelaran tahunan ini. Ketiga-tiga pemain ini mempunyai kelebihan serta kekuatan masing-masing untuk merebut gelaran ini di mana mereka mempamerkan permainan terbaik untuk negara serta kelab yang diwakili mereka.

Bual Sukan percaya, calon pilihan ramai sudah tentunya pemain Argentina yang mewakili FC Barcelona iaitu Lionel Messi yang berjaya membantu pasukan Argentina muncul naib juara Copa America 2015 selain membantu kelabnya FC Barcelona merangkul gelaran treble musim 2014/15. Namun 2 lagi pesaing terdekat beliau iaitu Cristiano Ronaldo dan Neymar juga mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk dinobatkan selaku pemain bola sepak terbaik dunia 2015. Apapun sama-samalah kita menanti pengumuman pemain terbaik dunia 2015 akan datang.
Composite image of Lionel Messi, Cristiano Ronaldo and Neymar
Sumber : Getty Images

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa