Nuffnang Ads

Ahad, 20 Disember 2015

Bola Sepak : Guus Hiddink Pengurus Sementara Chelsea

Pasukan Chelsea melantik bekas Pengurus Belanda, Guus Hiddink sebagai pengurus sementara pasukan The Blues sehingga musim Liga Perdana Inggeris 2015/16 berakhir pada bulan Mei 2016 akan datang. Beliau menggantikan Pengurus Portugal, Jose Mourinho yang meninggalkan pasukan Chelsea akibat masalah kemerosotan prestasi pasukan Chelsea pada musim ini. Ini merupakan kali kedua beliau membimbing pasukan Chelsea setelah kali pertama pada musim 2009 juga sebagai pengurus sementara di mana beliau berjaya membawa pasukan Chelsea muncul juara Piala FA musim 2008/2009.

Beliau pastinya membawa cabaran getir untuk pasukan Chelsea bangkit semula serta kembali bersaing memperbaiki kedudukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris 2015/16. Beliau juga, pastinya diharapkan berjaya membawa cabaran pasukan Chelsea dalam 2 lagi saingan merebut kejuaraan iaitu Emirates FA Cup 2015/16 dan UEFA Champions League 2015/16 di mana pasukan Chelsea berdepan cabaran getir kelab gergasi Perancis, PSG pada pusingan 16 pasukan pada Februari 2016 akan datang. Bual Sukan percaya, beliau akan menggunakan segala pengalaman serta kepakaran beliau bagi menaikkan semula pasukan Chelsea dalam setiap perlawanan yang dihadapi. Beliau juga pastinya akan menyusun semula pasukan Chelsea dan tidak mustahil mereka akan berbelanja besar pada pasaran perpindahan Januari 2016 akan datang bagi mencari pemain-pemain baru berkualiti memantapkan pasukan mereka. 

Beliau mempunyai rekod yang baik ketika membimbing Chelsea di mana dalam 22 perlawanan yang beliau kendalikan, pasukan Chelsea berjaya memenangi 16 perlawanan, seri 5 kali dan tewas 1 kali. Namun begitu, saingan kali ini pastinya berbeza dan beliau perlu mencari strategi, taktikal serta formasi terbaik menghadapi pasukan-pasukan lain. Semoga berjaya diucapkan kepada pengurus sementara Chelsea, Guus Hiddink.
Hasil carian imej untuk guus hiddink chelsea stats

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa