Nuffnang Ads

Sabtu, 19 Disember 2015

Bola Sepak : Ketua Jurulatih Pasukan Liga Malaysia 2016

Musim baru Liga Malaysia 2016 dijadualkan akan berlangsung bermula Februari 2016 akan datang di mana buat julung kalinya pengendalian Liga Malaysia 2016 secara penswastaan. Dengan masih mengekalkan format asal iaitu 12 pasukan dalam saingan Liga Super 2016 serta 12 pasukan dalam saingan Liga Premier 2016, saingan musim depan pastinya bakal dinantikan oleh peminat-peminat bola sepak tempatan. Setiap pasukan kini sedang sibuk mempersiapkan pasukan masing-masing bagi persediaan musim baru 2016 akan datang. Antara persediaan awal pasukan adalah dengan melantik barisan kejurulatihan yang baru bagi memberikan nafas baru kepada pasukan masing-masing. Peranan Ketua Jurulatih dilihat amat penting bagi memastikan segala perancangan taktikal, strategi serta formasi yang diterapkan berjaya diadaptasi oleh pasukan masing-masing seterusnya mencapai keputusan terbaik kepada pasukan.

Saingan musim Liga Malaysia 2016 akan datang menyaksikan banyak pasukan telah merombak barisan kejurulatihan. Antara yang menarik adalah kembalinya 2 bekas Ketua Jurulatih kebangsaan iaitu Datuk K.Rajagopal serta Dollah Salleh ke persada kejurulatihan bola sepak tempatan. Terdapat juga pasukan yang menandatangani ketua jurulatih asing bagi musim akan datang. Kesemua Ketua Jurulatih yang telah dilantik pasukan masing-masing ini pastinya mempunyai ramuan serta acuan terbaik untuk membentuk pasukan yang mantap bagi saingan akan datang. Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan memastikan pasukan mereka berjaya dalam saingan akan datang seterusnya mengembalikan kegemilangan bola sepak pasukan masing-masing. Berikut adalah senarai Ketua Jurulatih Pasukan Liga Malaysia 2016 akan datang :

LIGA SUPER 2016
Johor Darul Ta'zim FC : Mario Gomez (Argentina)
Selangor : Zainal Abidin Hassan
Pahang FC : Ahmad Shaharuddin Rosdi Razip Ismail
Terengganu : Ahmad Yusof Mike Mulvey (England)
Felda United : Irfan Bakti Abu Salim
PDRM FA : Mohd. Fauzi Pilus
Perak : Syamsul Saad
Kelantan : K.Devan
Sarawak : K.Rajagopal
Kedah : Tan Cheng Hoe
Pulau Pinang : Jacksen F.Tiago (Brazil) Manzoor Azwira

T-Team : Rahmad Darmawan (Indonesia)

LIGA PREMIER 2016
ATM FA : Mohd. Azuan Mohd. Zain
Sime Darby FC : Abdul Ghani Malik
PKNS FC : E.Elavarasan
Johor Darul Ta'zim II : Benjamin Mora (Mexico)
Negeri Sembilan Matrix : Gary Michael-Phillips (Australia)
Sabah : Vjeran Simunic (Croatia)
UiTM FC : Raja Isa Raja Akram Shah
Kuantan FA : Zulhamizan Zakaria
DRB Hicom FC : Chong Yee Fatt
Perlis : Dollah Salleh
Melaka United : Mat Zan Mat Aris 
Kuala Lumpur : Ismail Zakaria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa