Nuffnang Ads

Jumaat, 18 Disember 2015

Bola Sepak : Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 akan berlangsung hari ini 18 Disember 2015 di Pusat Konvensyen Sunway. Anugerah tahunan ini mengiktiraf pencapaian pemain, jurulatih, pasukan serta penggiat bola sepak negara yang telah memberikan sumbang bakti terbaik sepanjang tahun 2015. Selain itu juga, anugerah ini juga turut mengiktiraf penyokong terbaik pasukan yang merupakan "pemain ke 12" di padang yang telah memberikian sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan masing-masing sama ada semasa mencapai kejayaan mahupun mengalami kemerosotan.

Anugerah ini pastinya akan diberikan penjurian sebaiknya oleh juri-juri penilai yang dilantik bagi memberikan pengiktirafan kepada mereka yang benar-benar layak memenangi anugerah ini. Bual Sukan percaya, pemain-pemain yang memenangi anugerah ini pastinya akan meningkat motivasi mereka untuk membawa cabaran pasukan masing-masing pada saingan Liga Malaysia 2016 akan datang selain memberikan komitmen terbaik untuk pasukan kebangsaan sekiranya mereka terpilih. Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 (akan dikemaskini) :

Pemain Paling Bernilai
Safiq Rahim (JDT FC)

Penjaga Gol Terbaik
Farizal Marlias (JDT FC)
Khairul Azhan (Pahang)
Khairul Fahmi (Kelantan)

Pertahanan Terbaik
Shukor Adan (Felda United)
Razman Roslan (Pahang)
Aidil Zafuan (JDT FC)

Pemain Tengah Terbaik
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Safiq Rahim (JDT FC)
Hafiz Kamal (Pahang)

Penyerang Terbaik
Safee Sali (JDT FC)
Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
Amri Yahyah (JDT FC)

Pemain Import Terbaik
Dickson Nwakaeme (Pahang)
Luciano Figeroa (JDT FC)
Ali Ashfaq (PDRM FA)

Pemain Muda Terbaik
Matthew Davies (Pahang)
Farhan Roslan (Kedah)
Nazmi Faiz (Selangor)

Jurulatih Terbaik
Mario Gomez (JDT FC)
Tan Cheng Hoe (Kedah)
Zainal Abidin Hassan (Pahang)

Anugerah Fair Play
Singapore Lions XII

Pasukan Bolasepak Terbaik
Kedah

Kelab Penyokong Terbaik
Elephant Army (Pahang)

Pemain Bolasepak Wanita Terbaik
Nurul Azurin Mazlan (Sabah)

Anugerah Khas
Pasukan Bola Sepak Johor Darul Ta'zim FC

Anugerah Khas Wanita

Pemain Futsal Terbaik Lelaki
Azrul Hadee Mohd. Taufik

Pemain Futsal Terbaik Wanita
Siti Asnidah Zamri

Penjaring Terbanyak Liga Super 2015
Dramane Traore (PDRM FA)

Penjaring Terbanyak Liga Premier 2015
Francis Forkey Doe (Negeri Sembilan Matrix)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa