Nuffnang Ads

Rabu, 16 Disember 2015

Bola Sepak : Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2016

Tirai saingan Liga Malaysia 2015 telah pun berakhir dengan gilang gemilang di mana pasukan Selangor berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2015 menewaskan pasukan Kedah sekaligus berjaya dalam misi 33 mereka. Musim baru Liga Malaysia 2016 bakal menyaksikan saingan liga diswastakan bagi memberikan saingan yang lebih kompetitif. Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2016 bakal menyaksikan pasukan Selangor atau The Red Giant selaku juara Piala Malaysia 2015 bakal bertemu pasukan Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) atau Harimau Selatan merebut gelaran juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2016 atau Piala Sumbangsih 2016 yang dijadualkan berlangsung pada 13 Februari 2016 akan datang. 

Pada saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 yang lalu, pasukan JDT FC berjaya merangkul gelaran juara apabila berjaya menewaskan pasukan Pahang atau Tok Gajah dengan keputusan 2-0. Kedua-dua pasukan ini pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing bagi merangkul kejuaraan pembuka tirai ini selain memungut 3 mata berharga untuk saingan Liga Super 2016. Kedua-dua pasukan ini mempunyai reputasi yang baik dengan barisan-barisan pemain yang berkualiti sebagai satu pasukan. Bual Sukan percaya, saingan perebutan juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah ini pastinya akan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan pastinya akan menandatangani pemain-pemain baru yang berkualiti untuk cabaran panjang Liga Malaysia 2016 akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa