Nuffnang Ads

Jumaat, 18 Disember 2015

Bola Sepak : Separuh Akhir Piala Liga Inggeris 2015/16

Kejohanan Piala Liga Inggeris 2015/16 atau Capital One Cup 2015/16 telah memasuki pusingan keenam atau peringkat separuh akhir di mana kini hanya tinggal 4 lagi pasukan yang bakal merebut 2 tempat ke perlawanan akhir akan datang. Keempat-empat kelab tersebut adalah kelab dari Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester City, Liverpool, Everton dan Stoke City yang mana keempat-empat pasukan ini berjaya menewaskan cabaran pasukan Hull City, Southampton, Middlesbrough dan Sheffield Wednesday. Perlawanan separuh akhir dijadualkan berlangsung secara timbal balas di mana separuh akhir pertama akan berlangsung pada 5 dan 6 Januari 2016 manakala separuh akhir kedua dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Januari 2016.

Bual Sukan percaya, keempat-empat pasukan ini mempunyai kelebihan serta kekuatan masing-masing untuk merebut tempat ke perlawanan akhir akan datang. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang menjaringkan gol pastinya akan mencapai keputusan yang baik. Berikut adalah Jadual Perlawanan Pusingan Keenam atau Separuh Akhir Piala Liga Inggeris 2015/16 akan datang : 

SEPARUH AKHIR PERTAMA
5 Januari 2016
Stoke City lwn Liverpool 

6 Januari 2016 
Everton lwn Manchester City

SEPARUH AKHIR KEDUA
26 Januari 2016
Liverpool lwn Stoke City lwn 

27 Januari 2016 
Manchester City lwn Everton

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa