Nuffnang Ads

Selasa, 15 Disember 2015

Bola Sepak : Undian Pusingan Akhir UEFA EURO 2016 France

Undian peringkat kumpulan kejohanan berprestij bola sepak negara-negara eropah atau UEFA EURO 2016 France telah berlangsung pada 12 Disember 2015 yang lalu. 24 negara akan mengambil bahagian pada kejohanan kali ini di mana ianya merupakan tambahan 8 negara berbanding edisi terdahulu iaitu 16 negara. Pusingan Akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis akan berlangsung pada 10 Jun hingga 10 Julai 2016 akan datang. 

5 negara akan membuat kemunculan buat kali pertama di pentas pusingan akhir kali ini iaitu Iceland, Wales, Albania, Slovakia dan Ireland Utara. Pasukan gergasi eropah iaitu Belanda tidak akan beraksi pada kejohanan kali ini berikutan kegagalan dalam saingan kumpulan kelayakan. Pasukan juara bertahan edisi UEFA EURO 2012 yang lalu iaitu Sepanyol pastinya mempunyai misi mengekalkan kejuaraan yang mereka kecapi. Namun begitu, saingan pasukan tuan rumah Perancis bersama-sama pasukan gergasi eropah lain seperti Jerman, Itali, England, Portugal, Belgium serta negara-negara lain pastinya sengit.

Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan mempersiapkan pasukan terbaik menghadapi saingan kali ini. Tidak mustahil, kejutan pasti akan berlaku pada saingan kali ini. 24 negara ini telah dibahagikan kepada 6 Kumpulan di mana 6 Juara dan 6 Naib Juara Kumpulan serta 4 pasukan terbaik tangga ketiga akan melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik. Jika dilihat dari segi undian kumpulan, setiap kumpulan dilihat sengit dengan Kumpulan E boleh dikatakan antara Kumpulan Maut kali ini. Namun undian kumpulan lain juga sengit dan saingan akhir nanti pastinya mendebarkan. Berikut adalah undian Kumpulan Pusingan Akhir UEFA EURO 2016 France akan datang :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa