Nuffnang Ads

Jumaat, 8 Januari 2016

Bola Sepak : Cabaran Pasukan JDT FC di Piala AFC 2016

Pasukan Johor Darul Ta'zim FC atau JDT FC akan bersama-sama dengan pasukan Selangor mewakili kelab Malaysia bagi saingan Piala AFC 2016 atau AFC Cup 2016 akan datang. Namun begitu, penyertaan pasukan yang mendapat gelaran Harimau Selatan ini bergantung kepada sejauh mana kemaraan mereka dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2016 atau AFC Champions League 2016 akan datang. Sekiranya mereka berjaya melangkah ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2016 slot pasukan negara bakal diisi oleh pasukan Pahang FC.
Berdasarkan undian yang telah diadakan pada 10 Disember 2015 yang lalu, pasukan Harimau Selatan yang juga merupakan juara bertahan Piala AFC 2015 telah diundi dalam Kumpulan H bersama-sama dengan kelab Bengaluru FC dari India, Lao Toyota FC (Laos) dan Ayeyawady United (Myanmar). Berdasarkan undian tersebut, keempat-empat kelab ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk merebut 2 tempat teratas bagi melayakkan diri ke Pusingan 16 terbaik. Perlawanan peringkat Kumpulan dijadualkan berlangsung bermula pada 24 Februari 2016 hingga 11 Mei 2016 akan datang. Bual Sukan percaya, pasukan JDT FC dengan barisan kejurulatihan serta barisan pemain sedia ada mampu untuk melepasi halangan kumpulan saingan Piala AFC 2016 akan datang. Semoga pasukan JDT FC sekali lagi mampu mengharumkan nama Malaysia dalam saingan kali ini.

Berikut adalah Jadual Perlawanan pasukan Harimau Selatan pada saingan Piala AFC 2016 akan datang :

PERINGKAT KUMPULAN

24 Februari 2015
Johor Darul Ta'zim FC lwn Ayeyawady United

9 Mac 2016
Bengaluru FC lwn Johor Darul Ta'zim FC

16 Mac 2016
Johor Darul Ta'zim FC lwn Lao Toyota FC

13 April 2016
Lao Toyota FC lwn Johor Darul Ta'zim FC

27 April 2016
Ayeyawady United lwn Johor Darul Ta'zim FC

11 Mei 2016
Johor Darul Ta'zim FC lwn Bengaluru FC

PUSINGAN KEDUA

25 Mei 2016 
Johor Darul Ta'zim FC lwn Kaya FC

* Jadual tertakluk kepada pindaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa