Nuffnang Ads

Jumaat, 8 Januari 2016

Bola Sepak : Cabaran Pasukan Selangor di Piala AFC 2016

Pasukan Selangor atau nama gelaran mereka Gergasi Merah (The Red Giants) akan mewakili kelab Malaysia bersama-sama dengan pasukan Johor Darul Ta’zim FC dalam cabaran Piala AFC 2016 atau AFC Cup 2016. Pasukan Selangor yang menamatkan aksi Liga Super 2015 di tangga ketiga pada mulanya nyata mendapat laluan setelah pasukan tangga kedua musim lalu, Pahang dikenakan pemotongan 6 mata akibat masalah berkaitan pemain import. Pasukan Gergasi Merah yang kini dikemudikan oleh bekas Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan pastinya akan menggunakan pengalaman beliau membawa pasukan Pahang ke suku akhir edisi 2015 yang lalu.
Pasukan Selangor diundi dalam Kumpulan E bersama-sama dengan kelab Tampines Rovers FC (Singapura), Ceres FC (Filipina) dan Sheikh Jamal Dhanmondi Club (Bangladesh). Keempat-empat pasukan ini akan bersaing merebut 2 tempat teratas sekaligus melangkah ke pusingan 16 terbaik dalam Piala AFC 2016. Bual Sukan berpendapat, pasukan Gergasi Merah mampu melepasi halangan peringkat kumpulan dengan syarat mereka berjaya memanfaatkan aksi di tempat sendiri serta memungut mata di tempat lawan. Namun begitu, cabaran 3 kelab ini tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan Selangor kerana kelab-kelab ini juga pastinya akan memberikan tentengan sengit antara satu sama lain.

Perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung bermula 23 Februari 2016 sehingga 10 Mei 2016 akan datang. Berikut adalah Jadual Perlawanan pasukan Selangor dalam saingan Piala AFC 2016 akan datang :

23 Februari 2016
Ceres FC lwn Selangor

8 Mac 2016
Selangor lwn Tampines Rovers FC

15 Mac 2016
Sheikh Jamal Dhanmondi Club lwn Selangor

12 April 2016
Selangor lwn Sheikh Jamal Dhanmondi Club

26 April 2016
Selangor lwn Ceres FC

10 Mei 2016
Tampines Rovers FC lwn Selangor

* Jadual Tertakluk kepada Pindaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa