Nuffnang Ads

Jumaat, 8 Januari 2016

Bola Sepak : Laluan JDT FC di AFC Champions League 2016

Pasukan Johor Darul Ta'zim FC atau JDT FC sekali lagi bakal mewakili pasukan Malaysia dalam saingan AFC Liga Juara-Juara Asia 2016 atau AFC Champions League 2016 akan datang. Pasukan JDT FC yang jolokan nama The Southern Tigers (Harimau Selatan) dijadualkan bertemu dengan pasukan dari Thailand iaitu Muangthong United Football Club pada perlawanan kelayakan pusingan kedua setelah mendapat laluan terus ke pusingan ini. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 2 Februari 2016 akan datang di Thailand di mana pemenang perlawanan ini akan layak ke perlawanan kelayakan pusingan ketiga bertemu wakil China iaitu Shanghai SIPG pada 9 Februari 2016 akan datang di China bagi menentukan pasukan yang layak ke saingan kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2016 akan datang.
Pasukan Harimau Selatan selaku juara bertahan Piala AFC 2015 pastinya akan membuat persiapan rapi menentang pasukan Muangthong United FC yang merupakan naib juara Liga Perdana Thailand 2015. Pada pusingan yang sama tahun lalu, pasukan JDT FC tewas juga kepada kelab Thailand iaitu Bangkok Glass FC. Pasukan Muangthong United FC dibarisi oleh ramai pemain kebangsaan Thailand dan pertemuan kedua-dua pasukan ini pastinya menarik untuk disaksikan apatah lagi pasukan Harimau Selatan juga kebanyakkannya dibarisi oleh pemain kebangsaan Malaysia. Pasukan JDT FC juga bakal menggunakan khidmat pemain import dari Brazil, Paolo Rangel yang pernah beraksi untuk pasukan Muangthong United FC sebelum berhijrah ke pasukan Liga Malaysia.

Bual Sukan percaya, Ketua Jurulatih pasukan JDT FC iaitu Mario Gomez pastinya akan merancang strategi, taktikal dan formasi terbaik berdepan wakil Thailand ini. Pasukan Harimau Selatan juga pastinya mensasarkan untuk melangkah lebih jauh pada saingan Liga Juara-Juara Asia 2016 ini seterusnya menjadi wakil negara ke saingan 2016 akan datang. Sekiranya pasukan JDT FC tewas, mereka akan bersaing dalam kejohanan Piala AFC 2016 atau AFC Cup 2016 akan datang. Selamat berjuang kepada pasukan JDT FC dalam saingan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2016 akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa