Nuffnang Ads

Isnin, 4 Januari 2016

Bola Sepak : Senarai Pemain Pasukan Johor Darul Ta'zim FC 2016

Juara bertahan Liga Super 2015 serta juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim FC atau JDT FC pastinya sekali lagi menjadi pasukan pilihan untuk saingan Liga Malaysia 2016 akan datang. Dengan barisan pemain-pemain bintang, pasukan yang mendapat gelaran Harimau Selatan atau The Southern Tigers ini pastinya akan turun mempertahankan gelaran serta menambah koleksi kejuaraan yang mereka miliki. Masih mengekalkan kebanyakan pemain-pemain musim lalu, JDT FC yang dilatih oleh Ketua Jurulatih berpengalaman dari Argentina iaitu Mario Gomez pastinya akan memastikan pasukan mereka mencatat kejayaan membanggakan pasukan JDT FC.

Musim 2016, pasukan JDT FC bakal diperkuatkan dengan kehadirang penyerang berbisa dari Brazil iaitu Paulo Rangel yang pernah mewakili pasukan Perak, Selangor dan Terengganu selain kehadiran semula penyerang Argentina iaitu Jose Pareyra Diaz. Selain itu, turut menyertai JDT FC ialah pemain sayap dari Pahang iaitu Azamuddin Akil. Bual Sukan percaya, laluan JDT FC untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki pastinya lebih mencabar di mana setiap pasukan pastinya akan memberikan cabaran getir antara satu sama lain bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan masing-masing. Dengan saingan Liga Malaysia 2016 yang akan dijalankan secara penswastaan, saingan musim 2016 pastinya akan lebih sengit dan mencabar. Dengan perancangan strategi, taktikal dan formasi yang menjadi, tidak mustahil pasukan Harimau selatan ini mampu sekali lagi mencatat kejayaan memberangsangkan bagi musim Liga Malaysia 2016 akan datang. 

Berikut adalah senarai pemain pasukan Johor Darul Ta'zim FC atau Harimau Selatan pada saingan Liga Malaysia 2016 akan datang :

PENJAGA GOL
Farizal Marlias, Samuel Sommerville, Mohd. Izham Tarmizi

PERTAHANAN
Mohd. Fazly Mazlan, Asraruddin Putra Omar, Marcos Antonio (Brazil), Aidil Zafuan Abdul Razak, Mahali Jasuli, Mohd. Amer Saidin, Fadhli Shas

TENGAH
Amirul Hadi Zainal, Safiq Rahim (Ketua Pasukan), S.Kunalan, Gary Steven Robbat, Hariss Harun (Singapura), Mohd. Shakir Shaari, Azamuddin Akil, Mohd. Nazrin Nawi, Jasazrin Jamaluddin, S.Chanturu, Junior Eldstal, Muhammad Akram Mahinan

PENYERANG 
Paulo Rangel (Brazil), Safee Sali, Jorge Pareyra Diaz (Argentina), Mohd. Azinee Taib, Mohd. Amri Yahyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa