Nuffnang Ads

Khamis, 7 Januari 2016

Bola Sepak : Senarai Pemain Pasukan Kedah 2016

Pasukan Kedah atau nama gelaran mereka The Red Hawk (Helang Merah) merupakan antara pasukan yang bakal menjadi tumpuan bagi saingan Liga Malaysia 2016 akan datang. Kejayaan pasukan Helang Merah merangkul kejuaraan Liga Premier 2015 serta melangkah ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2015 merupakan antara pencapaian cemerlang musim lalu yang pastinya ingin terus dikekalkan dalam saingan Liga Malaysia 2016. Pasukan Kedah dibimbing oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe ini menggabungkan barisan pemain-pemain tempatan terbaik, pemain-pemain muda berpotensi serta pemain import berkualiti menjadikan pasukan Kedah mempunyai ramuan yang terbaik untuk mencabar pasukan-pasukan lain musim ini.

Bual Sukan percaya, pasukan Helang Merah mampu menamatkan aksi Liga Super 2016 di kedudukan terbaik selain mencabar kejuaraan piala yang dipertandingkan. Dengan formasi, strategi dan taktikal terbaik, pasukan Kedah adalah antara pesaing terkuat Liga Malaysia 2016 ini. Persefahaman yang mantap antara pemain-pemain juga pastinya akan dipertingkatkan oleh pasukan Helang Merah bagi musim 2016 ini. Bagi musim 2016 ini, pasukan Kedah menandatangani beberapa pemain tempatan berkualiti untuk memantapkan pasukan mereka menghadapi saingan mencabar bola sepak Malaysia 2016. Dengan sokongan padu oleh penyokong-penyokong setia Helang Merah pastinya menaikkan semangat pasukan mereka seterusnya memberikan permainan terbaik pasukan Kedah.

Berikut adalah senarai pemain pasukan Kedah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2016 akan datang :

PENJAGA GOL
Abdul Hadi Hamid, Muhd. Syazwan Abdullah, Mohd. Farhan Abu Bakar

PERTAHANAN
Mohd. Sabre Mat Abu, Mohd. Syawal Nordin, Bang Seung-Hwan (Korea Selatan), Osman Mohd. Yusoff, Shafizan Hashim, Mohd. Raphi azizan Mariappen, Khairul Helmi Johari (Ketua Pasukan), Mohd. Rizal Ghazali, Muhammad Syazwan Tajuddin, Mohd. Aliff Fadhil Ismail, Azmeer Yusof, Ariff Farhan Isa, Mohd. Asri Mardzuki
 
TENGAH
Baddrol Bakhtiar, Liridon Krasniqi (Kosovo), Sandro da Silva Mendonca (Brazil), Amar Rohidan, Mohd. Amirul Hisyam Awang Kecik, Abdul Halim Saari, Muhammad Farhan Roslan, Mohd. Syazwan Zainon, Muhd. Hanif Mat Dzahir, Shazuan Ashraf Mathews, Syazuan Hazani

PENYERANG

Carlos Eduardo “Kahe” (Brazil), Ahmad Fakri Saarani, Muhd. Syafiq Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa