Nuffnang Ads

Rabu, 6 Januari 2016

Bola Sepak : Senarai Pemain Pasukan PDRM FA 2016

Pasukan PDRM FA atau nama gelaran mereka The Cops merupakan antara pasukan yang berjaya mempamerkan prestasi memberangsangkan pada saingan Liga Malaysia 2015 yang lalu. Pasukan PDRM FA berjaya menamatkan saingan Liga Super 2015 di tangga keenam dari 12 pasukan mengatasi saingan pasukan-pasukan seperti Singapore Lions XII, Perak, Kelantan dan Sarawak. Bagi saingan Liga Malaysia 2016 akan datang, pasukan PDRM FA yang dikemudi oleh Ketua Jurulatih, Mohd. Fauzi Pilus pastinya akan berusaha untuk terus kekal bersaing dalam Liga Super 2017. Pasukan The Cops kehilangan ramai pemain-pemain utama yang berhijrah ke pasukan-pasukan lain. Tugas getir pastinya bakal digalas oleh Ketua Jurulatis, Mohd. Fauzi Pilus beserta barisan kejurulatihan The Cops untuk menyusun semula pasukan bagi saingan musim 2016 akan datang.

Bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain import dari Brazil, Andrezinho yang pernah beraksi untuk pasukan JDT. Selain itu, pemain serba boleh dari Singapura Safuwan Baharuddin juga bakal beraksi dengan pasukan PDRM FA untuk saingan akan datang. Khidmat pemain import terbaik Liga Malaysia 2014 iaitu Ketua Pasukan Maldives, Ali Ashfaq juga akan terus dikekalkan bagi musim baru 2016. Bual Sukan percaya, barisan pemain yang akan beraksi untuk pasukan The Cops patinya akan memberikan permainan yang cemerlang bagi bersaing dengan 11 pasukan lain. Dengan percaturan taktikal, strategi dan formasi yang tepat oleh Ketua Jurulatih mereka, tidak mustahil pasukan PDRM FA mampu mengekalkan momentum saingan Liga Malaysia 2016 akan datang.

Berikut adalah senarai pemain pasukan PDRM FA bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia 2016 akan datang :

PENJAGA GOL

PERTAHANAN
Osman Damanhuri, Mohd. Faizal Muhammad, Safuwan Baharudin (Singapura)
  
TENGAH
Mohd. Lot Abu Hassan, Andrezinho (Brazil)

PENYERANG
Ali Ashfaq (Maldives), Muhammad Shafiq Jamal, Haziq Fikri Hussein, Muhd. Izuan Salahuddin


* akan dikemaskini dari semasa ke semasa.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa