Nuffnang Ads

Rabu, 6 Januari 2016

Bola Sepak : Senarai Pemain Pasukan Kelantan 2016

Pasukan Kelantan atau nama gelaran mereka The Red Warriors (Gergasi Merah) pastinya ingin melupakan aksi Liga Malaysia 2015 apabila sekadar menamatkan saingan Liga Super 2015 di tempat kelapan. Dengan pelbagai masalah yang dihadapi musim lalu seperti penggantian Ketua Jurulatih, masalah prestasi pemain import serta masalah dalaman lain pastinya memberikan pengajaran berguna kepada pasukan mereka. Bagi musim Liga Malaysia 2016 akan datang, pasukan Kelantan bakal dibimbing oleh Ketua Jurulatih, K.Devan yang pernah membimbing pasukan Selangor dan Negeri Sembilan. Pastinya pucuk pimpinan persatuan negeri memberikan sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk menyusun semula pasukan dan menjadi antara pasukan gergasi bola sepak Malaysia.

Bagi musim Liga Malaysia 2016 akan datang, pasukan Kelantan mengekalkan sebahagian pemain musim lalu selain membawa masuk pemain-pemain tempatan berkualiti serta pemain-pemain muda berpotensi menghadapi musim mencabar 2016. Bual Sukan percaya, pasukan The Red Warriors mampu untuk bangkit semula bersaing musim ini dengan formasi, strategi dan taktikal terbaik dalam setiap perlawanan. Ketua Jurulatih, K.Devan juga pastinya akan menggunakan segala pengalaman beliau membentuk keserasian antara pemain seterusnya mengecap kejayaan yang disasarkan pasukan.

Berikut adalah senarai pemain pasukan Kelantan bagi musim panjang Liga Malaysia 2016 akan datang :

PENJAGA GOL
Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Shahrizan Ismail, Ramadhan Hamid

PERTAHANAN
Norhafiz Zamani Misbah, Jonathan McKain (Australia(, Nik Shahrul Azim Abdul Halim, Mohd. Farisham Ismail, Noor Hazrul Mustapha, Tuan Muhamad Faim Tuan Zainal Abidin, Zairul Fitree Ishak, Mohd. Zhafran Akramin Abdul Razak, Mohd. Qayyum Marjoni Sabil, Muslim Ahmad, Mohd. Daudsu Jamaluddin
 
TENGAH
Brendan Gan, Wan Zaharulnizam Zakaria, Wan Zack Haikal Wan Noor, Mohd. Badhri Mohd. Radzi, Mohd. Khairul Izuan Rosli, Mohd. Shahrul Hakim Rahim, Mohd. Amir Zikri Pauzi, Faris Shah Rosli, Mohd. Rozaimi Azwar, Mohd. Faizal Abu Bakar,

PENYERANG
Nor Farhan Muhammad, Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi, Abdul Manaf Mamat, Indra Putra Mahyuddin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa