Nuffnang Ads

Khamis, 7 Januari 2016

Bola Sepak : Senarai Pemain Pasukan Sarawak 2016

Pasukan Sarawak atau nama gelaran mereka The Crocs pastinya ingin bangkit semula dalam saingan bola sepak Liga Malaysia 2016 akan datang. Pasukan Sarawak bakal mendapatkan sentuhan serta khidmat bekas Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan, Datuk K.Rajagopal bagi musim akan datang. Pasukan Sarawak mengekalkan beberapa pemain tonggak musim lalu selain menandatangani pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import berkualiti bagi musim 2016 akan datang. Datuk K.Rajagopal pastinya bakal mencurahkan segala pengalaman serta kemampuan beliau untuk menjadi menjadikan pasukan Sarawak salah satu pasukan yang digeruni dalam Liga Malaysia 2016.

Bual Sukan berpandangan, pasukan The Crocs mampu memberikan saingan bermakna kepada 11 pasukan lain dan tidak mustahil mereka mampu melakar kejutan dalam saingan musim ini. Dengan pengalaman Datuk K.Rajagopal serta gabungan pemain-pemain tempatan, pemain-pemain muda berpotensi serta pemain-pemain import berkualiti pasukan The Crocs adalah antara pasukan yang perlu diberikan perhatian dalam saingan sengit musim 2016 akan datang.

Berikut adalah senarai pemain pasukan Sarawak yang bakal menggalas cabaran bagi musim Liga Malaysia 2016 akan datang :    

PENJAGA GOL
Mohd. Iqbal Suhaimi, Mohd. Shahril Saa’ri

PERTAHANAN
Ronny Harun, Ramesh Lai Ban Huat, Mohd. Dzulazlan Ibrahim, Mohd. Hairol Mokhtar, Mazwandi Zakaria, Dzulfadli Awang Marajah

TENGAH
Ikhwan Izzat Jamaludin, J.Partiban, Ashri Chuchu, K.Thanaraj, Mohd. Shahrol Saperi, K.Gurusamy, Shreen Tambi, Daglish Papin Test, Syahrul Azwari Ibrahim

PENYERANG
Gilmar Jose da Silva Filho (Brazil), Ndumba Makeche (Australia)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa