Nuffnang Ads

Sabtu, 13 Februari 2016

Bola Sepak : Carta Jaringan Liga Super 2016

Musim baru Liga Super 2016 telahpun bermula hari ini 13 Februari 2016 di mana 12 pasukan bakal bersaing merebut takhta kejuaraan Liga Super 2016. Pasukan Johor Darul Ta'zim FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan pastinya sekali lagi turun mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki 2 tahun berturut-turut. Namun begitu, saingan 11 pasukan lain pastinya sengit dan tiada laluan mudah untuk setiap pasukan pada saingan kali ini. Setiap perlawanan pastinya penting untuk setiap pasukan untuk mencapai keputusan terbaik masing-masing. Setiap pasukan pastinya sedaya upaya mencatatkan keputusan terbaik di gelanggang sendiri selain memberi saingan sengit dalam perlawanan di gelanggang lawan bagi mencapai keputusan yang diinginkan. Barisan kejurulatihan pasukan pastinya merencanakan formasi, strategi serta taktikal terbaik pasukan masing-masing untuk mencipta jaringan selain mempertahankan kubu pasukan daripada dibolosi pihak lawan.
Bual Sukan percaya, saingan kali ini pastinya lebih dramatik dan mendebarkan dengan keputusan-keputusan di luar dugaan. Kemampuan menjaringkan gol selain mempertahankan kubu daripada dibolosi pastinya antara senjata penting pasukan masing-masing untuk terus bersaing memburu kedudukan terbaik selain mengelakkan tersingkir ke saingan Liga Premier 2017 akan datang. Seperti tahun-tahun terdahulu, carta jaringan kebanyakannya dikuasai oleh pemain-pemain import. Namun kemampuan pemain tempatan menjaringkan gol juga pastinya diharapkan pasukan masing-masing.

Berikut adalah kedudukan Carta Jaringan Liga Super 2016 : 

5 Gol
Patrick Ronaldinho Wleh (Selangor)

3 Gol
Jorge Pareyra Diaz (Johor Darul Ta'zim FC)
Ali Ashfaq (PDRM FA)

2 Gol
S.Chanthuru (Johor Darul Ta'zim FC)
R.Gopinathan (Selangor)
Amirul Syahmi (Terengganu)
Zah Rahan Krangar (Felda United)
Hadin Azman (Felda United)
Lutfulla Turaev (Felda United)
Blazhe Ilijoski (Kelantan)
Ndumba Mkeche (Sarawak)
Junior Aparecido (Sarawak)
Carlos Kahe (Kedah)
Faiz Subri (Pulau Pinang)
Matias Cordoba (Pulau Pinang)
Osas Saha (Pulau Pinang) 

1 Gol
Hariss Harun (Johor Darul Ta'zim FC)
Azamuddin Akil (Johor Darul Ta'zim FC)
Mohd. Hafiz Kamal (Selangor)
Azrif Nasrulhaq (Selangor)
Dalibor Volas (Pahang FC)
German Pacheco (Pahang FC)
Rizua Syafiqi Kamaruzaman (Pahang FC)
Faisal Abd. Halim (Pahang FC)
Solomon Raj (Pahang FC)
Gustavo Lopez (Terengganu)
Francis Forkey Doe (Felda United)
Souleymane Konate (PDRM FA)
Shahrul Saad (Perak)
Dramane Traore (Kelantan) 
Indra Putra Mahayuddin (Kelantan)
Gilmar (Sarawak)
Syafiq Ahmad (Kedah)
S.Kumaahran (Pulau Pinang)
Safawi Rasid (T-Team)
Izzaq Faris Ramlan (T-Team)
Makan Konate (T-Team)

* Kemaskini pada 2 Mac 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa