Nuffnang Ads

Isnin, 8 Februari 2016

Bola Sepak : Jadual Perlawanan 100PLUS Liga Premier 2016

Sepak mula musim baru bola sepak 100PLUS Liga Premier Malaysia 2016 akan bermula minggu ini dengan 12 pasukan akan bersaing merebut 2 tempat ke saingan Liga Super Malaysia 2017 selain tiket ke Pusingan Akhir Piala Malaysia 2016 akan datang. Setiap pasukan pastinya telah melakukan persiapan terbaik masing-masing bagi menghadapi saingan panjang musim 2016 yang mana ianya akan diadakan secara penswastaan yang dikendalikan oleh Football Malaysia Limited Liability Partner-ship (FMLLP) diterajui oleh Kevin Ramalingam. Saingan 12 pasukan ini pastinya menarik dan tidak mustahil keputusan mengejut pasti akan berlaku.
Bual Sukan percaya, pasukan yang berjaya memanfaatkan peluang dan ruang mencipta keputusan terbaik sama ada di gelanggang sendiri mahupun di gelanggang lawan mempunyai kelebihan untuk terus bersaing merebut takhta kejuaraan musim 2016 ini. Dengan gabungan pemain-pemain tempatan terbaik, pemain-pemain import berkualiti serta pemain-pemain muda berpotensi tidak mustahil saingan kali ini adalah antara yang sengit untuk diperhatikan. Dengan formasi, strategi serta perancangan taktikal yang berkesan oleh barisan kejurulatihan juga pastinya bakal membawa kejayaan kepada pasukan masing-masing. Pengurusan pasukan, penaja-penaja serta penyokong-penyokong pasukan masing-masing juga pastinya mengharapkan kejayaan manis dicapai oleh pasukan masing-masing dalam kancah saingan mencabar musim 2016 ini.

Berikut adalah Jadual Perlawanan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2016 akan datang. 

12 Februari 2016 (Jumaat)
ATM FA lwn Perlis
Sime Darby FC lwn Melaka
PKNS FC lwn Kuala Lumpur
Johor Darul Ta'zim II lwn DRB Hicom FC
UiTM FC lwn Sabah
Negeri Sembilan lwn Kuantan FA

15 Februari 2016 (Isnin)
Perlis lwn UiTM FC
Kuantan FA lwn Sabah
DRB Hicom FC lwn Negeri Sembilan
Kuala Lumpur lwn Johor Darul Ta'zim II
Melaka lwn PKNS FC
ATM FA lwn Sime Darby FC

26 Februari 2016 (Jumaat)
Sime Darby FC lwn Perlis
PKNS FC lwn ATM FA
Johor Darul Ta'zim II lwn Melaka
Negeri Sembilan lwn Kuala Lumpur
Sabah lwn DRB Hicom FC
UiTM FC lwn Kuantan FA

29 Februari 2016 (Isnin)
Perlis lwn Kuantan FA
DRB Hicom FC lwn UiTM FC
Kuala Lumpur lwn Sabah
ATM FA lwn Johor Darul Ta'zim II
PKNS FC lwn Sime Darby FC

1 Mac 2016 (Selasa)
Melaka lwn Negeri Sembilan

* Jadual Tertakluk kepada Pindaan dari semasa ke semasa.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa