Nuffnang Ads

Selasa, 23 Februari 2016

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Piala AFC 2016 Pasukan Selangor

Saingan peringkat kumpulan Piala AFC 2016 telahpun bermula di mana 2 kelab Malaysia akan bersaing pada kejohanan edisi 2016 kali ini iaitu Juara Piala Malaysia 2015, Selangor serta Juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta'zim FC. Pasukan Selangor telah diundi dalam Kumpulan E bersama-sama dengan kelab Tampines Rovers FC (Singapura), Ceres FC (Filipina) dan Sheikh Jamal Dhanmondi Club (Bangladesh). Keempat-empat kelab ini pastinya mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing untuk merebut 2 tempat teratas peringkat kumpulan bagi mencerahkan laluan ke pusingan 16 terbaik akan datang.
Pasukan Selangor atau nama gelaran mereka The Red Giants yang kini di bawah bimbingan Ketua Jurulatih baru, Zainal Abidin Hassan pastinya akan memberikan cabaran terbaik untuk kelab Malaysia memberikan cabaran bermakna dalam Piala AFC 2016 ini. Pada edisi Piala AFC 2015 yang lalu, Zainal Abidin Hassan berjaya membawa pasukan Pahang ke peringkat suku akhir. Beliau pastinya akan sedaya upaya membawa pasukan Selangor melangkah ke peringkat yang lebih baik dalam cabaran kali ini. Namun begitu, cabaran daripada 3 kelab lain sudah pastinya tidak boleh dipandang mudah dan setiap perlawanan yang dihadapi pastinya penting untuk mendapatkan mata sama ada di gelanggang sendiri mahupun di gelanggang lawan. Bual Sukan percaya, Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan pastinya akan merangka strategi, formasi serta taktikal terbaik pasukan The Red Giants menghadapi 3 kelab ini.

Setiap peluang dan ruang mencipta jaringan harus dimanfaatkan oleh pasukan Selangor selain mempunyai disiplin pertahanan yang baik mengelakkan gawang daripada dibolosi lawan bagi mencapai keputusan yang diharapkan. Berikut adalah Keputusan Perlawanan Piala AFC 2016 bagi pasukan Selangor :

23 Februari 2016
Ceres FC lwn Selangor (2-2)
(Mauro Olivi, Mohd. Hafiz Kamal)

8 Mac 2016
Selangor lwn Tampines Rovers FC (0-1)

15 Mac 2016
Sheikh Jamal Dhanmondi Club lwn Selangor (3-4)
(Patrick Ronaldinho Wleh, R.Gopinathan, Mauro Olivi (2))

12 April 2016
Selangor lwn Sheikh Jamal Dhanmondi Club (2-1)
(Ahmad Hazwan Bakri, Patrick Ronaldinho Wleh)

26 April 2016
Selangor lwn Ceres FC

10 Mei 2016
Tampines Rovers FC lwn Selangor


* Kemaskini pada 12 April 2016.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa