Nuffnang Ads

Rabu, 24 Februari 2016

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Piala AFC 2016 Pasukan Johor Darul Ta'zim FC

Juara bertahan Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan sekali lagi akan beraksi mewakili kelab Malaysia bersama-sama dengan Juara Piala Malaysia 2015, Selangor ke saingan Piala AFC 2016. JDT FC yang juga Juara Liga Super 2015 pastinya akan berusaha mengekalkan kejuaraan saingan kali ini. Pasukan Harimau Selatan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih daripada Argentina, Mario Gomez telah diundi dalam Kumpulan H bersama-sama dengan kelab Bengaluru FC dari India, Lao Toyota FC (Laos) dan Ayeyawady United (Myanmar). Setiap pasukan pastinya mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk merebut 2 tempat teratas kumpulan seterusnya melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik pada saingan kali ini.
Bual Sukan percaya, pasukan Harimau Selatan pastinya mempunyai strategi serta perancangan taktikal dan formasi terbaik untuk menghadapi 3 kelab ini sama ada di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan. Dengan jadual perlawanan yang padat di sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa sudah tentulah memerlukan setiap pemain mengekalkan kecergasan terbaik masing-masing selain mengelakkan kecederaan berlaku. Ketua Jurulatih mereka juga pastinya akan membariskan pemain-pemain terbaik setipa perlawanan bagi memastikan pasukan JDT FC mampu melangkah ke pusingan seterusnya dengan memberi fokus satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain.

Kekentalan barisan pertahanan serta kemampuan menyudahkan peluang terhidang pastinya akan membawa kejayaan kepada pasukan Harimau Selatan. Berikut adalah keputusan perlawanan Piala AFC 2016 Pasukan JDT FC : 

24 Februari 2015
Johor Darul Ta'zim FC lwn Ayeyawady United (8-1)
(Safiq Rahim (3), Jorge Pareyra Diaz, Marcos Antonio, Juan Martin Lucero (2), Aidil Zafuan)

9 Mac 2016
Bengaluru FC lwn Johor Darul Ta'zim FC (0-1)
(Safiq Rahim)

16 Mac 2016
Johor Darul Ta'zim FC lwn Lao Toyota FC (3-0)
(Safiq Rahim (2), Amri Yahyah)

13 April 2016
Lao Toyota FC lwn Johor Darul Ta'zim FC (1-4)
(Safee Sali, Fadhli Shas, Amri Yahyah, Jorge Pareyra Diaz)

27 April 2016
Ayeyawady United lwn Johor Darul Ta'zim FC (1-2)
(Amirul Hadi Zainal, Safee Sali)

11 Mei 2016
Johor Darul Ta'zim FC lwn Bengaluru FC (3-0)
(Safiq Rahim, Safee Sali, Shakir Shaari)

PUSINGAN KEDUA
25 Mei 2016
Johor Darul Ta'zim FC lwn Kaya FC (7-2)
(Juan Manuel Lucero (3), Jorge Pareyra Diaz, Azamuddin Akil (2), Mahali Jasuli)

* Kemaskini pada 25 Mei 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa