Nuffnang Ads

Jumaat, 26 Februari 2016

Bola Sepak : Ranking Pasukan Bola Sepak Malaysia 2016

Pasukan Bola Sepak Malaysia kini di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee pastinya ingin menjadikan tahun 2016 sebagai medan untuk kembali bangkit memperbaiki prestasi pasukan negara setelah mengalami musim yang mengecewakan pada tahun 2015 yang lalu. Tahun 2015 yang lalu menyaksikan bagaimana pasukan negara tewas 0-10 kepada pasukan UAE sekaligus menjadi sejarah hitam dalam bola sepak negara. Pasukan negara yang kini dijenamakan semula dengan gelaran baru iaitu Harimau Malaysia menggantikan nama gelaran lama Harimau Malaya pastinya akan sedaya upaya mempamerkan permainan terbaik untuk kembali bangkit memperbaiki kedudukan ranking FIFA yang semakin merudum. Datuk Ong Kim Swee yang telah dilantik sebagai Ketua Jurulatih tetap pastinya berdepan tugas berat apatah lagi pasukan negara akan bersaing dalam Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2016 hujung tahun ini.

Bual Sukan percaya, Datuk Ong Kim Swee serta barisan kejurulatihannya pastinya akan memilih pemain terbaik yang benar-benar layak untuk menggalas tugasan dalam setiap perlawanan yang dihadapi. Tidak mustahil, muka-muka baru dalam skuad kebangsaan akan dipanggil memperkuatkan cabaran pasukan Harimau Malaysia akan datang. Dengan tugasan terdekat adalah berdepan pasukan Arab Saudi dalam Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 UAE, Datuk Ong Kim Swee pastinya akan menggunakan segala pengalaman beliau untuk mengatur perancangan strategi, taktikal serta formasi terbaik sekurang-kurangnya memberikan saingan sengit kepada Arab Saudi. 

Datuk Ong Kim Swee juga pastinya akan meletakkan sasaran yang realistik untuk pasukan negara memperbaiki kedudukan ranking semasa pasukan Malaysia sedikit demi sedikit. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga perlu mengatur perlawanan persahabatan antarabangsa yang lebih kompetitif untuk pasukan Harimau Malaysia bagi sepanjang tahun 2016 ini.  Berikut adalah Kedudukan Ranking FIFA Pasukan Malaysia bagi tahun 2016 :

Januari : 171

Februari : 171

Mac : 166

April : 174

Mei : 174

Jun : 173

* Kemaskini pada 5 Jun 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa