Nuffnang Ads

Sabtu, 27 Februari 2016

Hoki : Piala Sultan Azlan Shah 2016

Kejohanan Hoki Jemputan berprestij Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 akan kembali mewarnai saingan pada 6 April hingga 16 April 2016 akan datang. Kejohanan edisi kali ke 25 ini bakal menyaksikan 7 pasukan bersaing merebut gelaran juara. Pasukan negara atau nama gelaran The Speedy Tigers yang kini di bawah Ketua Jurulatih baru, Stephan Van Huizen pastinya akan memberikan cabaran terbaik kepada 6 pasukan lain iaitu pasukan juara edisi 2015 New Zealand, Australia, India, Kanada, Pakistan dan Jepun. Kejohanan ini pastinya menarik sebagai medan perlawanan pemanas badan sebagai persediaan 4 pasukan yang bakal bersaing di Sukan Olimpik 2016 Rio, Brazil akan datang iaitu Australia, New Zealand, Kanada dan India.

Bual Sukan percaya, barisan kejurulatihan negara pastinya akan menyenaraikan pemain-pemain hoki terbaik negara menggabungkan barisan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda berpotensi serta berbakat besar pada kejohanan kali ini. Tidak mustahil, gabungan ini mampu membentuk pasukan negara yang mantap serta menjadi antara pasukan yang mampu bersaing dengan pasukan-pasukan lain. 

Berikut adalah Jadual serta Keputusan Perlawanan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 akan datang :

6 April 2016 (Rabu)
Pakistan lwn Kanada (3-1)
India lwn Jepun (2-1)
New Zealand lwn Malaysia (3-3)

7 April 2016 (Khamis)
Australia lwn India (5-1)
New Zealand lwn Kanada (1-1)
Jepun lwn Malaysia (3-4)

9 April 2016 (Sabtu)
Jepun lwn Kanada (1-3)
New Zealand lwn Pakistan (5-3)
Australia lwn Malaysia (5-1)

10 April 2016 (Ahad)
Jepun lwn New Zealand (1-4)
Australia lwn Pakistan (4-0)
Kanada lwn India (1-3)

12 April 2016 (Selasa)
Australia lwn New Zealand (1-0)
Pakistan lwn India (1-5)
Kanada lwn Malaysia (2-2)

13 April 2016 (Rabu)
New Zealand lwn India (2-1)
Australia lwn Jepun (3-1)
Pakistan lwn Malaysia (0-1)

15 April 2016 (Jumaat)
Jepun lwn Pakistan (1-4)
Australia lwn Kanada (3-0)
Malaysia lwn India (1-6)

16 April 2016 (Sabtu)
Pakistan lwn Kanada (3-1)
New Zealand lwn Malaysia (3-3) - New Zealand menang penentuan penalti 5-4
Australia lwn India (4-0) - Australia Juara Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016

* Kemaskini pada 16 April 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa