Nuffnang Ads

Khamis, 25 Februari 2016

Lumba Basikal : Le Tour de Langkawi 2016

Siri jelajah lumba berbasikal berprestij, Le Tour de Langkawi 2016 kini akan kembali bermula 24 Februari 2016 hingga 2 Mac 2016 akan datang. Kejohanan edisi kali ini akan melibatkan 8 peringkat bermula di Kangar, Perlis dan berakhir di Melaka dengan jumlah keseluruhan kayuhan sejauh 1180.8km. Antara peringkat yang dilihat mencabar ialah laluan Ipoh ke Cameron Highlands yang memerlukan pelumba melalui laluan pendakian. Untuk edisi kali ini, laluan pendakian ke Genting Highlands yang selalunya bakal menentukan pemegang jersi kuning selaku juara keseluruhan tiada dalam peringkat perlumbaan. Namun begitu, kejohanan ini juga pastinya tetap menarik dengan penyertaan barisan pelumba terbaik pasukan masing-masing untuk merebut gelaran juara setiap jersi yang ditawarkan.

Bual Sukan percaya, barisan pelumba tempatan juga pastinya akan memberikan kayuhan terbaik masing-masing bagi bersaing dengan pelumba-pelumba profesional yang lain. Tidak mustahil, pelumba negara mampu melakar kejutan pada edisi kali ini. Berikut adalah 8 peringkat laluan Le Tour de Langkawi 2016 akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa