Nuffnang Ads

Jumaat, 12 Februari 2016

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan 100PLUS Liga Premier 2016

Sepak mula 100 Plus Liga Premier Malaysia 2016 bermula hari ini 12 Februari 2016. Musim ini bakal menyaksikan saingan Liga Malaysia 2016 dijalankan secara penswastaan. 100 Plus Liga Premier Malaysia 2016 akan melibatkan 12 pasukan di mana 2 pasukan teratas bakal menempah slot pasukan Liga Super 2017 akan datang selain buruan tiket ke pusingan akhir Piala Malaysia 2016. Saingan kali ini pastinya akan berlangsung sengit dengan setiap pasukan membuat perbelanjaan bagi memantapkan pasukan masing-masing dalam saingan kali ini. Antara pasukan yang dilihat berpotensi bersaing merebut kejuaraan musim ini adalah pasukan PKNS FC, Sime Darby FC, Melaka, Perlis, Johor Darul Ta'zim II, Negeri Sembilan, Sabah dan Kuala Lumpur. Namun saingan pasukan lain seperti ATM FA, UiTM FC, DRB Hicom FC dan Kuantan FA pastinya tidak boleh dipandang mudah kerana setiap pasukan pastinya mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.
Bual Sukan percaya, pasukan yang berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri serta memberi saingan sengit di gelanggang lawan selain menggunakan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan mampu mencatat keputusan terbaik untuk terus bersaing dalam saingan Liga Premier Malaysia 2016 ini. Selain itu, percaturan formasi, strategi dan taktikal pasukan pastinya akan dirangka secara berkesan oleh barisan kejurulatihan masing-masing menghadapi pasukan-pasukan yang disaingi kali ini. Tidak mustahil, keputusan-keputusan mengejut bakal tercipta dalam musim baru kali ini. Saingan ke kemuncak Liga Premier Malaysia 2016 juga pastinya dramatik serta mendebarkan. 

Berikut adalah Keputusan Perlawanan Liga Premier Malaysia 2016 :

12 Februari 2016 (Jumaat)
Perlis lwn ATM FA (6-1)
Perlis : Obinha Nwaneri, Mohd. Alafi Mahmud, Kayne Vincent (2), Afif Amiruddin, Sadam Hashim
ATM FA : Mohd. Zaironi Yusoff

Sime Darby FC lwn Melaka (2-2)
Sime Darby FC : Frederic Pooda (2)
Melaka : Balsa Bozovic, Nurshamil Abdul Ghani

PKNS FC lwn Kuala Lumpur (0-1)
Kuala Lumpur : Casagrande

Johor Darul Ta'zim II lwn DRB Hicom FC (1-3)
Johor Darul Ta'zim II : Shahril Ishak
DRB Hicom FC (Nazri Kamal, Ivan Babic, Kim Jin-yong

UiTM FC lwn Sabah (4-1)
UiTM FC : Pavel Purishkin (3), Eliel da Cruz 
Sabah : Prince Nnake

Negeri Sembilan lwn Kuantan FA (1-1)
Negeri Sembilan : Andrew Nabbout
Kuantan FA : Shahrul Aizad

15 Februari 2016 (Isnin)
Perlis lwn UiTM FC (0-1)
UiTM FC : Pavel Purishkin

Kuantan FA lwn Sabah (4-1)
Kuantan FA : Dao Bakary (2), Abdul Wafiy Mat Ariff (2)
Sabah : Maxsius Musa

DRB Hicom FC lwn Negeri Sembilan (1-3)
DRB Hicom : Ivan Babic
Negeri Sembilan : Andrew Nabbout, Joel Chianese, Alex Smith 

Kuala Lumpur lwn Johor Darul Ta'zim II (1-0)
Kuala Lumpur : Leo Carioca 

Melaka lwn PKNS FC (2-1)
Melaka : R.Surendran, Nurshamil Abdul Ghani
PKNS FC : Juan Manuel Cobelli

16 Februari 2016 (Selasa)
Sime Darby FC lwn ATM FA (3-0)
Sime Darby FC : Syed Sobri Syed Mohd, Faizal Abdul Aziz, Mateo Roskam

26 Februari 2016 (Jumaat)
Sime Darby FC lwn Perlis (1-1)
Sime Darby FC : Rafiq Shah Zaim
Perlis : Edward Junior Wilson

PKNS FC lwn ATM FA (2-0)
PKNS FC : Juan Manuel Cobelli, Matias Jadue

Johor Darul Ta'zim II lwn Melaka (1-2)
Johor Darul Ta'zim II : Paolo Rangel
Melaka : Balsa Bozovic, Wan Amirul Afiq

Negeri Sembilan lwn Kuala Lumpur (1-1)
Negeri Sembilan : Norhafizzuan Jailani
Kuala Lumpur : Zhafri Yahya

Sabah lwn DRB Hicom FC (0-2)
DRB Hicom FC : Fakhrul Aiman, Nazri Kamal 

UiTM FC lwn Kuantan FA (0-0)

29 Februari 2016 (Isnin)
Perlis lwn Kuantan FA (1-0)
Perlis : Kayne Vincent

DRB Hicom FC lwn UiTM FC (4-1)
DRB Hicom FC : Philip Lund, Ivan Babic (3)
UiTM FC : Pavel Purishkin

Kuala Lumpur lwn Sabah (3-2)
Kuala Lumpur : Zhafri Yahya, Casagrande, Helmi Rameli
Sabah : Marco Tulio, Leonard Alfonso

Johor Darul Ta'zim II lwn ATM FA (5-1)
Johor Darul Ta'zim II : Irfan Fazail, Paolo Rangel (3), Mohd. Hasbullah
ATM FA : Venice Elphi

PKNS FC lwn Sime Darby FC (3-1)
PKNS FC : Juan Manuel Cobelli, Gabriel Guerra (2)
Sime Darby FC : Mateo Roskam

1 Mac 2016 (Selasa)

Melaka lwn Negeri Sembilan (0-0)

* Kemaskini pada 2 Mac 2016.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa