Nuffnang Ads

Isnin, 18 April 2016

Bola Sepak : Copa America Centenario 2016 USA

Copa America Centenario 2016 USA atau 2016 Centennial Copa America akan diadakan di Amerika Syarikat bermula pada 3 hingga 26 Jun 2016 akan datang. Kejohanan ini diadakan bersempena sambutan ulangtahun ke 100 penubuhan CONMEBOL serta 100 Tahun Edisi Copa America di mana buat pertama kalinya kejohanan ini berlangsung di luar Amerika Selatan. 

Edisi Khas Kejohanan Copa America ini akan melibatkan penyertaan 16 buah pasukan iaitu tambahan 4 pasukan (biasanya kejohanan melibatkan 12 buah pasukan). 16 pasukan tersebut terdiri daripada 10 pasukan Zon CONMEBOL iaitu Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Ecuador, Paraguay, Peru, Uruguay dan Venezuela serta 6 pasukan Zon CONCACAF iaitu Mexico, Amerika Syarikat, Costa Rica, Jamaica, Haiti dan Panama. 16 pasukan ini telah diundi dalam 4 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara dan naib juara kumpulan akan melangkah ke pusingan suku akhir. Berikut adalah kedudukan kumpulan berdasarkan undian yang telah diadakan pada 17 Disember 2015 yang lalu :
KUMPULAN A
USA, Colombia, Costa Rica, Paraguay

KUMPULAN B
Brazil, Ecuador, Haiti, Peru

KUMPULAN C
Mexico, Uruguay, Jamaica, Venezuela

KUMPULAN D
Argentina, Chile, Panama, Bolivia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa