Nuffnang Ads

Rabu, 13 April 2016

Bola Sepak : Jadual dan Keputusan Perlawanan Pasukan Harimau Malaysia 2016

Pasukan Harimau Malaysia di bawah kendalian Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee pastinya akan menjadikan tahun 2016 sebagai tahun kebangkitan semula pasukan bola sepak negara berikutan musim yang amat mengecewakan tahun 2015 yang lalu. Kekecewaan musim lalu pastinya akan cuba dilupakan dengan memberikan fokus terbaik menyusun semula pasukan Harimau Malaysia dengan menyenaraikan pemain-pemain yang benar-benar layak mewakili serta menyarung jersi keramat pasukan negara.

Antara fokus utama bagi tahun 2016 ini sudah pastilah saingan AFF Piala Suzuki 2016 yang bakal berlangsung penghujung tahun ini di Myanmar dan Filipina. Selain itu juga, fokus pasukan negara juga tertumpu kepada saingan playoff kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE selain berusaha memperbaiki kedudukan ranking FIFA pasukan negara yang kini terperosok di tangga ke 174 dunia (Ranking Bulan April 2016). Bagi tujuan tersebut, Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM pastinya telah merangka aksi perlawanan antarabangsa berkelas A untuk mengumpul mata memperbaiki ranking bertemu pasukan-pasukan dalam zon AFC, zon Ocenia ataupun zon CAF (Afrika). 

Bual Sukan percaya, Datuk Ong Kim Swee pastinya akan memilih barisan pemain-pemain terbaik dengan gabungan antara pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda berpotensi besar untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap. Selain itu, beliau bersama barisan kejurulatihannya pasti akan merancang strategi, formasi serta taktikal terbaik menghadapi lawan yang ditemui. Segala kelemahan harus segera diperbaiki bagi memastikan pasukan negara mampu mencapai keputusan terbaik. Berikut adalah Keputusan Perlawanan pasukan Harimau Malaysia bagi tahun 2016 :

24 Mac 2016 : Arab Saudi (tewas 0-2) - Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018/Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019.

28 Mac 2016 : Macau (seri 0-0) - Persahabatan Antarabangsa

28 Mei 2016 : Myanmar (seri 0-0) - Persahabatan Antarabangsa

2 Jun 2016 : Timor Leste (menang 3-0) - Perlawanan Pertama Pusingan Playoff Kelayakan AFC Piala Asia 2019
(Ahmad Hazwan Bakri (2), Amri Yahyah) 

6 Jun 2016 : Timor Leste (menang 3-0) - Perlawanan Kedua Pusingan Playoff Kelayakan AFC Piala Asia 2019
(Khair Mohammad Jefri Jones, Ahmad Hazwan Bakri, S.Chanturu)

17 Jun 2016 : Papua New Guinea (tewas 0-2) - Persahabatan Antarabangsa

22 Jun 2016 : New Caledonia - Persahabatan Antarabangsa

26 Jun 2016 : Fiji - Persahabatan Antarabangsa

* Kemaskini pada 17 Jun 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa