Nuffnang Ads

Selasa, 26 April 2016

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Piala FA England 2015/16

Perlawanan Akhir Piala FA England 2015/16 atau The Emirates FA Cup 2015/16 bakal menemukan 2 pasukan Liga Perdana England iaitu  Manchester United dan Crystal Palace. Perlawanan Akhir dijadualkan berlangsung di Stadium Wembley pada 21 Mei 2016 akan datang. Perlawanan akhir ini juga mengulangi pertemuan akhir pada Piala FA 1990 di mana pasukan Manchester United di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson berjaya menewaskan pasukan Crystal Palace di bawah bimbingan Stave Coppell dengan keputusan tipis 1-0 dalam perlawanan akhir ulangan setelah perlawanan akhir pertama berkesudahan dengan keputusan seri 3-3. Perlawanan tersebut turut menyaksikan Pengurus Crystal Palace kini, Alan Pardew bermain menentang Manchester United.  

Kedua-dua pasukan ini pastinya ingin menjadikan kemenangan perlawanan akhir Piala FA ini sebagai penawar kepada pasukan masing-masing ekoran prestasi tidak menentu sepanjang musim Liga Perdana Inggeris 2015/16 ini. Pasukan Manchester United yang dibimbing oleh Pengurus Louis Van Gaal pastinya menjadi pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan apatah lagi musim ini sangat mengecewakan buat penyokong-penyokong pasukan The Red Devils. Namun saingan pasukan The Eagles pastinya sengit dan pastinya laluan sukar menanti pasukan Manchester United pada perlawanan akhir edisi kali ini.

Bual Sukan percaya, perlawanan akhir ini dijangka berlangsung sengit dengan pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan serta mengekang asakan lawan mampu muncul juara edisi Piala FA 2015/16 ini. Pasukan yang muncul juara akan bertemu dengan Juara Liga Perdana Inggeris 2015/16 dalam perlawanan pembuka tirai 2016/17 dalam Perisai Komuniti pada bulan Ogos 2016 akan datang.

Laluan Manchester United ke Perlawanan Akhir
Pusingan Ketiga : Sheffield United (1-0) - Wayne Rooney
Pusingan Keempat : Derby County (3-1) - Wayne Rooney, Daley Blind, Juan Mata
Pusingan Kelima : Shrewsbury Town (3-0) - Chris Smalling, Juan Mata, Jesse Lingard
Pusingan Keenam : West Ham United (1-1) - Anthony Martial
Pusingan Keenam (Ulangan) : West Ham United (2-1) - Marcus Rashford, Marouane Fellaini
Separuh Akhir : Everton (2-1) - Marouane Fellaini, Anthony Martial

Laluan Crystal Palace ke Perlawanan Akhir    
Pusingan Ketiga : Southampton (2-1) - Joel Ward, Wilfried Zaha
Pusingan Keempat : Stoke City (1-0) - Wilfried Zaha
Pusingan Kelima : Tottenham Hotspur (1-0) - Martin Kelly
Pusingan Keenam : Reading (2-0) - Yohan Cabaye, Frazier Campbell
Separuh Akhir : Watford (2-1) - Yannick Bolasie, Connor Wickham

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa