Nuffnang Ads

Selasa, 12 April 2016

Bola Sepak : Pusingan Ketiga Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon AFC

Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon AFC telah memasuki Pusingan Ketiga dengan 12 pasukan terbaik terdiri daripada 8 juara peringkat kumpulan kelayakan serta 4 pasukan naib juara terbaik meneruskan saingan merebut 4 slot automatik ke Pusingan Akhir FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang. Manakala 1 slot untuk playoff antara benua yang bakal ditentukan oleh 2 pasukan yang menamatkan saingan kumpulan di tempat ketiga.

Bual Sukan percaya, saingan merebut tempat ke pusingan akhir akan datang pastinya berlangsung sengit dengan setiap pasukan pastinya akan mempersiapkan pasukan masing-masing dengan barisan pemain-pemain terbaik dengan strategi, taktikal dan formasi Ketua Jurulatih masing-masing. Antara pasukan yang pastinya menjadi antara pilihan adalah pasukan Australia, Jepun, Korea Selatan, Iran dan Arab Saudi. Namun saingan 7 pasukan lain iaitu Uzbekistan, United Arab Emirates (UAE), Qatar, Iraq, China, Thailand dan Syria pastinya tidak boleh dipandang mudah. Setiap perlawanan yang dihadapi adalah amat penting untuk setiap pasukan mencatatkan keputusan yang terbaik memungut mata bagi bersaing merebut tempat ke Russia kelak. Perlawanan di gelanggang sendiri pastinya akan dimanfaatkan bagi mencapai kemenangan manakala cuba mencapai keputusan terbaik di gelanggang lawan. Tidak mustahil juga, keputusan-keputusan mengejut akan berlaku pada saingan pusingan kelayakan kali ini.

Dalam undian yang telah dijalankan pada 12 April 2016 di Kuala Lumpur, 12 pasukan ini telah dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan perlawanan pertama akan berlangsung pada 1 September 2016 akan datang. Berikut adalah undian kumpulan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon AFC Pusingan Ketiga akan datang :

KUMPULAN A
Iran, Korea Selatan, Uzbekistan, China, Qatar, Syria

KUMPULAN B
Australia, Jepun, Arab Saudi, UAE, Iraq, Thailand

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa