Nuffnang Ads

Rabu, 13 April 2016

Bola Sepak : Separuh Akhir Piala FA England 2015/16


Piala FA England musim 2015/16 atau The Emirates FA Cup 2015/16 telah memasuki peringkat separuh akhir di mana 4 kelab akan terus bersaing merebut kejuaraan musim ini. Juara bertahan edisi 2014/15 iaitu Arsenal gagal meneruskan kemaraan mereka setelah ditewaskan oleh pasukan Watford. 3 pasukan yang telah mengesahkan kemaraan mereka ke peringkat separuh akhir ialah Everton, Crystal Palace dan Watford manakala West Ham United dan Manchester United pula akan merebut satu lagi slot pasukan ke separuh akhir. 

Undian Separuh Akhir telah diadakan pada 14 Mac 2016 yang lalu di mana pasukan Everton akan bertemu pemenang perlawanan suku akhir ulangan antara West Ham United dan Manchester United manakala satu lagi perlawanan bakal menemukan pasukan Crystal Palace dan Watford. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 April akan datang di Stadium Wembley. Pasukan yang memenangi perlawanan akan melangkah ke perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 21 Mei 2016 di Stadium Wembley. Bual Sukan percaya setiap pasukan mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk mencapai kemenangan seterusnya melangkah ke perlawanan akhir akan datang.

23 April 2016 (Sabtu)
Everton lwn West Ham United/Manchester United

24 April 2016 (Ahad) Crystal Palace lwn Watford

* Kemaskini pada 16 April 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa