Nuffnang Ads

Isnin, 30 Mei 2016

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Copa America Centenario 2016 USA

Kejohanan Copa America Centenario 2016 USA atau 2016 Centennial Copa America akan diadakan di Amerika Syarikat bermula pada 3 hingga 26 Jun 2016 akan datang. Kejohanan ini diadakan bersempena sambutan ulangtahun ke 100 penubuhan CONMEBOL serta 100 Tahun Edisi Copa America di mana buat pertama kalinya kejohanan ini berlangsung di luar Amerika Selatan. 

Edisi Khas Kejohanan Copa America ini akan melibatkan penyertaan 16 buah pasukan iaitu tambahan 4 pasukan (biasanya kejohanan melibatkan 12 buah pasukan). 16 pasukan tersebut terdiri daripada 10 pasukan Zon CONMEBOL iaitu Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Ecuador, Paraguay, Peru, Uruguay dan Venezuela serta 6 pasukan Zon CONCACAF iaitu Mexico, Amerika Syarikat, Costa Rica, Jamaica, Haiti dan Panama. 16 pasukan ini telah diundi dalam 4 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara dan naib juara kumpulan akan melangkah ke pusingan suku akhir. 

Pasukan-pasukan seperti Brazil, Argentina, Chile, Colombia, Uruguay, USA dan Mexico pastinya adalah antara pasukan pilihan merangkul kejuaraan edisi khas ini. Namun begitu, pasukan-pasukan seperti Ecuador, Peru, Paraguay, Bolivia, Venezuela, Jamaica, Costa Rica, Panama dan Haiti mampu melakar kejutan. Bual Sukan percaya, setiapa pasukan pastinya akan memberikan aksi terbaik masing-masing untuk mencapai kemenangan sekaligus mencerahkan laluan ke pusingan suku akhir kelak. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan pastinya akan beroleh kejayaan. Berikut adalah Jadual Perlawanan Copa America Centenario 2016 USA akan datang :

KUMPULAN A
3 Jun 2016
USA lwn Colombia

4 Jun 2016
Costa Rica lwn Paraguay

7 Jun 2016
USA lwn Costa Rica
Colombia lwn Paraguay

11 Jun 2016
USA lwn Paraguay
Colombia lwn Costa Rica

KUMPULAN B

4 Jun 2016
Haiti lwn Peru
Brazil lwn Ecuador

8 Jun 2016
Brazil lwn Haiti
Ecuador lwn Peru

12 Jun 2016
Ecuador lwn Haiti
Brazil lwn Peru

KUMPULAN C

5 Jun 2016
Jamaica lwn Venezuela
Mexico lwn Uruguay

9 Jun 2016
Uruguay lwn Venezuela
Mexico lwn Jamaica

13 Jun 2016
Mexico lwn Venezuala
Uruguay lwn Jamaica

KUMPULAN D

6 Jun 2016
Panama lwn Bolivia
Argentina lwn Chile

10 Jun 2016
Chile lwn Bolivia
Argentina lwn Panama

14 Jun 2016
Chile lwn Panama
Argentina lwn Bolivia


SUKU AKHIR

16 Jun 2016
USA lwn Ecuador

17 Jun 2016
Peru lwn Colombia

18 Jun 2016
Argentina lwn Venezuela
Mexico lwn Chile

SEPARUH AKHIR

21 Jun 2016
USA lwn Argentina

22 Jun 2016
Colombia lwn Chile

PENENTUAN TEMPAT 3/4

25 Jun 2016
USA lwn Colombia

PERLAWANAN AKHIR

26 Jun 2016
Argentina lwn Chile

* Kemaskini pada 24 Jun 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa