Nuffnang Ads

Rabu, 25 Mei 2016

Bola Sepak : Kejohanan UEFA Euro 2016 France

Kejohanan berprestij bola sepak negara-negara eropah, Piala Negara-Negara Eropah 2016 atau UEFA European Championship 2016 (UEFA Euro 2016) merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh Union of European Football Associations (UEFA). Kejohanan setiap 4 tahun sekali ini telah memasuki edisi ke 15 penganjurannya sejak kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1960. Bagi tahun 2016 ini, kejohanan akan berlangsung di Perancis bermula pada 10 Jun 2016 hingga 10 Julai 2016 akan datang. Ini merupakan kali ketiga Perancis menjadi tuan rumah kejohanan ini setelah menjadi tuan rumah untuk edisi pertama 1960 dan edisi ketujuh pada tahun 1984  

Edisi UEFA Euro 2016 France ini buat pertama kalinya melibatkan saingan 24 buah negara di mana Perancis selaku tuan rumah layak secara automatik manakala 19 negara layak melalui saingan peringkat kumpulan pusingan kelayakan serta 4 lagi negara melalui saingan playoffs. Saingan edisi kali ini menyaksikan pasukan Belanda yang merupakan antara pasukan gergasi bola sepak eropah gagal melayakkan diri setelah terkandas di saingan pusingan kelayakan. 
Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan menyenaraikan pemain-pemain terbaik pada saingan kali ini bagi memastikan pasukan mereka mampu mencapai keputusan membanggakan seterusnya mencerahkan laluan ke pusingan 16 pasukan terbaik. Dengan slogan Le Rendez-VousUEFA Euro 2016 France akan berlangsung di 10 buah bandar sekitar Perancis antaranya Bordeaux, Lens, Lille, Lyon, Marseille, Nice, Paris, Saint-Denis, Saint-Etienne dan Toulouse. Bola rasmi kejohanan UEFA Euro 2016 France adalah Adidas Beau Jeu manakala maskot rasmi kejohanan pula dikenali sebagai Super Victor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa