Nuffnang Ads

Isnin, 9 Mei 2016

Bola Sepak : Perlawanan Akhir UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16

Saingan berprestij kelab-kelab eropah UEFA Liga Juara-Juara 2015/16 atau UEFA Champions League 2015/16 telah menuju ke kemuncak saingan dengan 2 kelab Sepanyol iaitu Real Madrid dan Atletico Madrid bakal membuat perhitungan juara di Stadium San Siro, Milan, Itali pada 28 Mei 2016. Kedua-dua kelab Sepanyol ini mengulangi aksi perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2013/14 di mana pasukan Real Madrid berjaya memenangi kejuaraan apabila menewaskan Atletico dengan keputusan 4-1 dalam aksi perlawanan yang cukup dramatik dan mendebarkan.

Untuk perlawanan akhir kali ini, pasukan Real Madrid yang kini dibimbing oleh lagenda Perancis, Zinedine Zidane pastinya akan berusaha merangkul kejuaraan untuk kali kesebelas dalam sejarah manakala pasukan Atletico Madrid di bawah kendalian pengurus Argentina, Diego Simeone pastinya ingin berusaha merangkul kejuaraan sulung setelah muncul Naib Juara sebanyak 2 kali sepanjang sejarah Liga Juara-Juara Eropah. Kedua-dua pasukan ini mempunyai kekuatan yang seimbang dan tidak mustahil perlawanan akhir ini berkesudahan dengan keputusan dramatik.

Bual Sukan percaya kedua-dua pasukan ini pastinya akan memberikan aksi terbaik masing-masing bagi merangkul kejuaraan berprestij UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 kali ini. Kedua-dua pengurus ini pastinya akan merencana perancangan strategi, taktikal serta formasi terbaik masing-masing untuk mencapai kejayaan. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan selain berjaya mempertahankan gawang daripada dibolosi lawan pastinya mempunyai peluang merangkul kejuaraan musim ini. Pasukan yang memenangi UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 akan bersaingan dalam saingan UEFA Piala Super Eropah 2016 menentang pasukan Juara UEFA Piala Liga Europa 2015/16 selain mewakili zon UEFA dalam kejuaraan FIFA Piala Kelab Dunia 2016 akan datang.    


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa