Nuffnang Ads

Isnin, 9 Mei 2016

Bola Sepak : Perlawanan Akhir UEFA Piala Liga Europa 2015/16

Saingan merebut kejuaraan UEFA Piala Liga Europa 2015/16 atau UEFA Europa League 2015/16 akan menuju ke kemuncak saingan apabila pasukan juara bertahan dua tahun berturut-turut Sevilla dari Sepanyol akan menentang kelab England iaitu Liverpool. Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 18 Mei 2016 di Stadium St. Jacob Park, Basel, Switzerland. Pasukan Sevilla di bawah kendalian Pengurus Unai Emery pastinya berazam memburu kejuaraan buat kali kelima manakala pasukan Liverpool yang semakin meningkat di bawah kendalian Pengurus Jerman, Jurgen Klopp pastinya memburu kejuaraan buat kali keempat sepanjang sejarah kejohanan.

Kedua-dua pasukan ini pastinya mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk muncul juara edisi kali ini. Pasukan yang muncul juara akan beraksi dalam UEFA Piala Super 2016 atau UEFA Super Cup 2016 menentang juara UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 atau UEFA Champions League 2015/16. Bual Sukan menjangkakan peminat kedua-dua pasukan bakal disajikan dengan aksi perlawanan akhir yang mendebarkan dan tidak mustahil ianya akan berakhir dengan keputusan yang dramatik. Kedua-dua pengurus pastinya akan menurunkan kesebelasan terbaik masing-masing selain merancang taktikal, strategi serta formasi tersusun bagi memastikan pasukan mereka berjaya merangkul kejuaraan kali ini. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang menjaringkan gol selain disiplin pertahanan yang mantap mampu menjulang gelaran UEFA Piala Liga Europa 2015/16 akan datang.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa